Harga Dan Spesifikasi Perodua Alza 2014 Baru

|  33 comments

Perodua Alza baru 2014 dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC 16V DVVT. Di antara ciri-ciri baru Alza 2014 ialah sistem ISOFIX, armrest dengan ruang simpanan dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat.

Kereta ini didatangkan dengan tiga varian iaitu Alza, Alza SE dan Alza Advanced Version. Terdapat 5 pilihan warna: Glittering Silver Metallic, Mystical Purple Metallic, Ebony Black Metallic, Ivory White Solid dan Passion Red Metallic (untuk varian SE dan Advanced Version sahaja).

Di antara ciri-ciri tambahan untuk model SE dan Advanced Version ialah design meter yang baru, cermin gelap (tinted film) dan suis kawalan audio pada stereng. Manakala untuk model Advanced Version, terdapat sistem multimedia yang dilengkapi navigasi, kamera reverse dan roof-mounted monitor.

[Terkini] Perodua Myvi XT 2014 dan Perodua Axia baru dah keluar, jom tengok!

Berikut adalah senarai harga, spesifikasi penuh serta gambar-gambar Perodua Alza 2014.

alza advanced version 1

alza advanced version 2 alza-2014


Senarai harga Perodua Alza 2014

Berikut adalah harga OTR termasuk insuran dan aksesori/pakej standard. Harga ini sah untuk pendaftaran persendirian sahaja.

 

Alza GX Standard Manual

Alza EZ Standard Automatik

Alza SE GS Manual

Alza SE ZS Automatik

Alza ZV Advanced Version Automatik

Semenanjung Malaysia 52,400.00 55,400.00 56,400.00 59,400.00 64,000.00
Sarawak          
Kuching 54,412.80 57,426.80 58,412.80 61,426.80 66,026.80
Miri / Bintulu 54,584.80 57,584.80 58,584.80 61,584.80 66,184.80
Sibu 54,527.80 57,527.80 58,527.80 61,527.80 66,127.80
Sabah          
Tawau / Lahad Datu 54,665.80 57,665.80 58,665.80 61,665.80 66,265.80
Kota Kinabalu / Keningau 54,519.80 57,519.80 58,519.80 61,519.80 66,119.80
Labuan 48,512.80 51,632.80 52,512.80 55,632.80 60,232.80
Sandakan 54,568.80 57,568.80 58,568.80 61,568.80 66,168.80

Nota: Harga di atas adalah untuk warna solid. Untuk warna metalik, tambah lebihkurang RM500.


Spesifikasi Perodua Alza 2014

Berikut adalah spesifikasi penuh Perodua Alza 2014 (model Advanced Version):

Dimension, Weight, Engine dan Chassis

spesifikasi-1-alza-advanced-version-baru-2014

Exterior, Interior, Comfort, Safety dan Security

spesifikasi-2-alza-advanced-version-baru-2014

ps: Kereta ni cantik, luas dan lebih murah dari Alza terdahulu, sesuai sangat untuk pandu semasa bercuti.

33 comments

Pha Is

Pha Is

12 Januari, 2014 07:28
skrg x minat lagi kereta jenis ni.. kalau keluarga dah besar nnti, baru konsider model2 mcm ni.. hehehe
Tanpa Nama

Tanpa Nama

12 Januari, 2014 16:25
Aircond ade x k blkg?-nor
kakiblog

kakiblog

12 Januari, 2014 17:36
dulu memang guna produk perodua..memang puas hati..
puteri kasih

puteri kasih

13 Januari, 2014 14:08
puteri suka dengan rekabentuknya :)
Unknown

Unknown

13 Januari, 2014 20:00
Kete xde bonet.nk isi klapa xde tmpt.beli kete sedanjela sng..protonpn jdla.jnji ada bonet, 5 org duduk gk.keteni lipat bangku blkg 5 org duduk gk
Alza 2014

Alza 2014

14 Januari, 2014 11:34
Kereta ni boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kelasnya..Dapat rating 4-Star Asean NCAP
Syahril Hafiz

Syahril Hafiz

14 Januari, 2014 12:14
Sangat cantik, kalaulah Alza 2014 ni keluar dulu, rasa tak beli Myvi SE dah, terus ambil yang ni sebab harga lebih kurang sama
PaanZ

PaanZ

15 Januari, 2014 22:20
EXZORA pon dpt rating 4-Star gk xde beza pon.
PaanZ

PaanZ

15 Januari, 2014 22:23
@Balasan Bro bile alza ni nk buat disc blakang? nape masih pkai drum? upgrade plz.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

16 Januari, 2014 11:27
nape xde aircond belakang?patut break blkg gune disc la..yg lain sume da OK
Tanpa Nama

Tanpa Nama

17 Januari, 2014 21:28
X cantik lah kete nie...mcm kete dulu2..bwk mcm naik sampan jee..
Unknown

Unknown

18 Januari, 2014 17:17
takde aircond belakang erk,,,
barutimbang2 rs mcm nk angkat satu
Tanpa Nama

Tanpa Nama

19 Januari, 2014 20:58
Harga tu bg lee 20,000 kebawah mcm negara luar standart
Tanpa Nama

Tanpa Nama

20 Januari, 2014 12:38
Sumer yg ada pd keta tu dh cntik...kilang dhpenuhi mcmana kehendak pelanggan..
Unknown

Unknown

20 Januari, 2014 23:10
Saya da tempah minggu ni kuar la keta
Unknown

Unknown

20 Januari, 2014 23:11
Saya da tempah minggu ni kuar la keta
siti

siti

21 Januari, 2014 20:17
Saya pon booking juga tapi rasa macam lambat plop...
Unknown

Unknown

22 Januari, 2014 00:11
Br dpt information dr sale keta br memang lambat sbb nk kelulusan kastam dlu lps 21 hb br blh registered kereta hu3
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

22 Januari, 2014 13:02
@Balasan Kena tunggu 21 hari? Lama tu :(
Tanpa Nama

Tanpa Nama

23 Januari, 2014 16:19
Kereta masih tak boleh register lagi.. :(
Tanpa Nama

Tanpa Nama

24 Januari, 2014 09:32
Aku bangga malaysia mengeluarkan kereta dgn harga berpatutan...kalau tak aku rasa ramai lagi org melayu masih naik bas dan motor..itu pon masih nak komplen2...adoiii
Tanpa Nama

Tanpa Nama

27 Januari, 2014 13:38
@Balasan aq nak ambik la alza advanced version
epit

epit

30 Januari, 2014 11:16
hari ini dah 30 haribulan masih tak leh nak register..letih dah aku menunggu..tak sabau..aku tengok kat Perodua sales Seri Serdang pembeli dari bangsa cina dok mengamok marah-marah kat sale keta ni, janji dulu boleh keluar sebelum Raya China tapi sampai hari ini 30 Februari masih sangkut..kesian tak leh balik kg raya cina
Tanpa Nama

Tanpa Nama

30 Januari, 2014 11:21
Sampai hari ni 30 Februari pun masih gagal untuk didaftar di JPJ..kereta dah ada tapi tak boleh register. Pembeli bangsa cina aku tengok marah sakan kat sale di Perodua Seri Serdang pasal janji sebelum raya cina tapi sampai hari ini masih kantoi..sabau aje lah
Tanpa Nama

Tanpa Nama

03 Februari, 2014 22:51
Haha bru durg tau....saya da dpt da dua biji skali
Unknown

Unknown

20 Mac, 2014 23:21
@Balasan BRO, KENA BUAT RESEARCH LG LAH LU
Tanpa Nama

Tanpa Nama

12 April, 2014 21:41
Cun..hahahaha..terbaik...yg x minat jgn bising...bhahahahaha..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

22 April, 2014 09:36
Dah ambik minggu lps mmg hebat ni...warna merah lg..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

22 Disember, 2014 08:42
Aku ni peminat tegar H...... tp last week adek aku bau kluar alza advance....ape lg aku pon test drive la.....agak kagum gak ngan prestasi alza ni......enjin xde la bising sgt dan handling pon bole tahan...xde la mcm naik sampan.....airkon mmg sejuk gile....aku bukak 1 je da x tahan.....dpd 5 bintang aku bole bagi 4 la......ade bebarapa bende je yg perlu improve......patut brake disk dpn blakg.....auto lock patut ade sbb ni kete family kan.....dan satu lg...sound sistem mmg kna improve....bunyi x sdap lo

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel