Tak Pernah Miss Solat di Masjid Nabi Selama Suku Abad

|  2 comments

Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku (Masjidil nabawi di Madinah) ini adalah lebih baik daripada 1000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Siapa yang pernah solat di Masjid Nabi (Masjid Nabawi)? Kalau tak pernah pergi haji atau umrah, mungkin tak pernah la kan?

Tapikan, seorang lelaki warga Afghanistan ni tak pernah miss solat berjemaah di Masjid Nabi, tiap-tiap hari, selama lebih suku abad!

Haji Muhammad telah menjadi sangat popular di Madinah Arab Saudi kerana selama suku abad beliau telah muncul di TV Arab memakai serban hitam yang sama sambil berdiri di sebelah kanan saf pertama di belakang imam.Solat-masjid-nabi-suku-abad

Menurutnya beliau tiba di Arab Saudi semasa berumur 19 tahun. Beliau telah bekerja sebagai tukang paip selama 37 tahun dan hanya mengembara sekali untuk Afghanistan.

Haji Muhammad telah berkawan dengan pelawat-pelawat dari luar negara yang kagum dengan kesetiaannya melaksanakan semua solat di masjid dan tempat yang sama. Sebahagian daripada mereka telah melihat dia memakai serban hitam yang sama di tempat yang sama setiap tahun mereka melawat Madinah.

"Apabila saya mula bekerja untuk majikan saya, saya telah memberitahu beliau dari awal bahawa saya tidak mahu terlepas solat di Masjid Nabi, dan di bulan Ramadhan saya tidak akan berkerja kerana saya akan berada di dalam masjid sepanjang masa" katanya .

Sumber: alarabiya.net

2 comments

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel