Semakan Keputusan Ambilan Kedua Matrikulasi KPM Sesi 2014/2015

|  0 comments

Keputusan Tawaran Calon Jaya Ambilan Kedua Program Matrikulasi KPM sesi 2014/2015 akan boleh disemak mulai 6 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2014. Semakan boleh secara online dan SMS.


Semak tawaran Ambilan Kedua Matrikulasi secara online

Semakan online boleh dibuat melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di halaman aplikasi semakan di pautan berikut:

Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi Ambilan Kedua


Semak tawaran Ambilan Kedua Matrikulasi melalui SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan Matrikulasi KPM Ambilan Kedua melalui perkhidmatan mySMS:

  1. Taipkan:

    MOE<jarak>MAR<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: MOE  MAR  930325035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844083 untuk sebarang pertanyaan, atau layari laman web Bahagian Matrikulasi KPM di pautan http://www.moe.gov.my/bmkpm.

Semoga berjaya dan good luck!

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel