Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018

|  0 comments

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018. Karnival Pendidikan MARA (MARA Education Carnival) #jomsambungbelajar kembali lagi dengan pelbagai peluang pendidikan, kerjaya dan temuduga terbuka bagi pelajar lepasan SPM/STPM dan pencari kerja.

Antara aktiviti-aktiviti karnival ialah pameran pendidikan dari kolej, institut serta universiti di bawah Institusi Pendidikan MARA (IPMa), IPTA & IPTS, kaunseling pendidikan, permohonan terus, temuduga pendidikan/kerja terbuka, ceramah kerjaya, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Masuk ke Karnival Pendidikan MARA 2018 adalah percuma. Kalendar berikut memaparkan zon / negeri, tarikh serta lokasi Karnival Pendidikan MARA 2018.


Jadual/Kalendar Karnival Pendidikan MARA 2018

ZON
Negeri
TARIKH
HARI
TEMPAT
TENGAH
Kuala Lumpur
10-11 Mac 2018
Sabtu & Ahad
Lobi Dewan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera (Aras 6), Kuala Lumpur
PANTAI TIMUR
Terengganu
14-15 Mac 2018
Rabu & Khamis
Taman Tamaddun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu
SELATAN
Johor
17-18 Mac 2018
Sabtu & Ahad
Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
Sarawak 17-18 Mac 2018
Sabtu & Ahad
The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
UTARA
Kedah
21 -22 Mac 2018
Rabu & Khamis
Dewan Kenangan MPSP, Sg. Petani, Kedah
Sabah 24-25 Mac 2018
Sabtu & Ahad
Centre Point Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Nota: Tarikh dan lokasi tertakluk kepada perubahan

karnival pendidikan MARA 2018


Masa Karnival Pendidikan MARA 2018

Masa pameran karnival adalah seperti berikut:

  • 10:00 pagi - 6:00 petang

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat MARA di talian 03-2613 4859/60/47/42, atau faks 03-2692 7386, atau layari www.facebookcom/karnivalpendidikanmara.

Semoga jadual Karnival Pendidikan MARA ini memberi manfaat untuk semua.

Baca juga:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel