Semakan Keputusan SPMU 2017 Secara Online Dan SMS

Semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2017 secara online dan SMS. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2017 akan diumumkan pada 24 Ogos 2017. Ringkasan keputusan boleh disemak secara online atau melalui SMS bermula jam 10:00 pagi 24 Ogos 2017.

[Terbaharu] Semakan Keputusan SPMU 2019 Online Dan SMS

Menurut Kementerian Pendidikan, slip keputusan penuh SPM Ulangan 2017 akan diposkan ke alamat rumah calon, ataupun calon  boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar (untuk peperiksaan tersebut).


Semakan Keputusan SPMU Secara Online

Tiada perkhidmatan semakan secara online disediakan.


Semakan Keputusan SPMU Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan SPM Ulangan 2017 akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 24 Ogos dan berakhir pada 6:00 petang 30 Ogos 2017.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2017 melalui SMS:

semakan keputusan SPMU 2017

  1. Taipkan:

    SPMU<jarak>[No Kad Pengenalan]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: SPMU  950325035243  WY189A123

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Diharap panduan semakan keputusan SPMU ini berguna buat para pembaca. Semoga berjaya dan good luck!