TTA Lebuhraya PLUS Bagi Cuti Raya Aidiladha 2017

|  0 comments

Berikut adalah jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017. Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan mengikut masa dan destinasi tertentu antara Lembah Klang dan negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara dan Johor.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat bermula pada 25 Ogos hingga 4 September 2017 untuk perjalanan balik kampung dan perjalanan kembali ke Kuala Lumpur / Lembah Klang.


Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Aidiladha dan Hari Kebangsaan 2017

Jadual berikut menunjukkan cadangan waktu memulakan perjalanan dari Lembah Klang ke destinasi-destinasi utama di utara & selatan tanahair dan sebaliknya.

lebuhraya plus TTA raya aidiladha 2017

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS untuk Hari Raya Aidiladha 2017
Klik gambar untuk saiz besar

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim cuti perayaan tahun-tahun sebelum ini.

Sila rujuk tips memandu balik kampung untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Twitter PLUS www.twitter.com/plustrafik atau hubungi talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000.

Bagi pembaca yang akan pulang ke destinasi di Pantai Timur, sila rujuk Laluan Alternatif Untuk Pulang ke Pantai Timur.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel