Senarai Hotel Popular di Kota Bharu

Berikut adalah senarai hotel popular di Kota Bharu, Kelantan untuk rujukan pembaca. Ia boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingin berkunjung ke Kota Bharu samada untuk urusan perniagaan, melancong, makan-makan atau membeli-belah.

Hotel-hotel yang disenaraikan merangkumi hotel-hotel lima bintang, hotel bajet dan juga hotel murah Kota Bharu. Kebanyakan hotel yang disenaraikan berada di pusat bandar atau berdekatan pusat bandar Kota Bharu.

Baca juga Senarai Hotel Murah di Melaka


Hotel-hotel Popular di Kota Bharu

Berikut kami senaraikan hotel-hotel yang terkenal di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.


1. Hotel Perdana

Hotel Perdana bertaraf 5 bintang ini terletak di pusat bandar Kota Bharu, bersebelahan dengan Gelanggang Seni, Stadium Sultan Muhammad IV dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Lokasinya berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah, Bazar Tok Guru dan stesen bas. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, tempat letak kereta percuma.

Alamat: Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu, Kelantan

Baca selanjutnya ...


2. Tune Hotel Kota Bharu

Tune Hotel merupakan hotel bajet dan no-frills. Lokasinya di sebelah pusat membeli-belah KB Mall dan UTC Kota Bharu. WiFi kawasan awam percuma, tempat letak kereta berbayar RM3 sehari atau parkir awam bermeter di hadapan/sebelah hotel.

Alamat: KBCC, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan

Baca selanjutnya ...


3. Grand Riverview Hotel

hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di tepi sungai Kelantan. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, tempat letak kereta tertutup percuma.

Alamat: Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


4. Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak di hadapan pasar Wakaf Che Yeh, 6 km dari pusat bandar Kota Bharu. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, tempat letak kereta percuma.

Alamat: PT 968, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


5. Hotel Grand Renai

Dahulunya dikenali dengan nama Hotel Renaissance Kota Bharu. Hotel ini bertaraf 5 bintang terletak bersebelahan Pasaraya Billion, jarak 3 km ke pusat bandar Kota Bharu. WiFi kawasan awam percuma, tempat letak kereta percuma.

Alamat: Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, 15150 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


6. Crown Garden Hotel

Terletak di Jalan Kebun Sultan, berhampiran Chinese Night Market dan Medan Selera Kebun Sultan (masakan Cina). Tidak jauh dari Kampung Kraftangan, Pasar Siti Khadijah dan Stesen Bas Kota Bharu. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, parking percuma.

Alamat: PT 302 & 303 Jalan Kebun Sultan, 15300 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


7. Crystal Lodge

WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, parking percuma.

Alamat: 124 Jalan Che Su, 15000 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


8. Dynasty Inn Kota Bharu

Terletak 0.5km dari pusat bandar Kota Bharu. WiFi percuma, tempat letak kereta percuma di basement.

Alamat: 2865-D & E, Jalan Sultanah Zainab, 15050 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


9. Jewels Hotel Kota Bharu

Jewels Hotel dahulunya dikenali sebagai Habib Hotel. Ia terletak di pusat bandar Kota Bharu, berhampiran Muzium Negeri. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, tempat letak kereta percuma.

Alamat: Lot 1159-1162 Seksyen 11 Jalan Maju, 15000 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


10. Ridel Hotel

Hotel bertaraf 2 bintang, terletak di tepi sungai Kelantan. Bersebelahan dengan Tambatan Diraja, berhampiran (jalan kaki) dengan Memorial Perang Dunia Kedua (Bank Kerapu), Masjid Muhammadi, Padang Merdeka, Muzium Islam, Muzium Adat Istiadat DiRaja (Istana Jahar), Muzium DiRaja (Istana Batu), Bazar Buluh Kubu, Kampung Kraftangan dan Kedai Kopi White House. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma, parking tertutup percuma.

Alamat: Lot A-05-01, Blok A, Pelangi Mall, Jalan Pasar Lama Seksyen 9, 15000 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


11. BBP Hotel

Hotel bajet ini terletak berhampiran pasaraya Tesco, Kolej Poly Tech MARA (KPTM), AEON Mall Kota Bharu dan Terminal Bas Ekspres Lembah Sireh. WiFi dalam bilik dan kawasan awam percuma dan petak parking awam bermeter di hadapan hotel.

Alamat: PT 381-382 KB Waterfront, Seksyen 17, Jalan Jambatan Sultan Yahya, 15000 Kota Bharu

Baca selanjutnya ...


12. De'Viana Hotel

Hotel ini terletak di Wakaf Che Yeh, 6 km dari pusat bandar Kota Bharu. Kedudukannya di belakang McDonald's Wakaf Che Yeh, tetamu hanya perlu jalan kaki untuk ke pasar malam Wakaf Che Yeh dan juga restoran-restoran berdekatan.

Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang tertutup dan juga taman permainan kanak-kanak. WiFi percuma dan tempat letak kereta percuma.

Alamat: Lot 2992, Viana Court Service Apartment, 15150 Kota Bharu, Kelantan

Baca selanjutnya ...

Jika anda berbajet besar, pentingkan keselesaan dan mahukan hotel terbaik di Kota Bharu, anda boleh mencuba Hotel Perdana atau Hotel Renaissance. Bagi low budget traveller atau mereka yang inginkan hotel bajet atau hotel murah Kota Bharu, Jewels Hotel, Ridel Hotel atau BBP Hotel mungkin pilihan yang lebih sesuai.

Semoga senarai hotel di atas dapat membantu anda mencari penginapan di bandar Kota Bharu.