Permohonan Sekolah Teknik, Kolej Vokasional, GIATMARA & WISDEC 2019

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC ambilan Januari 2019 secara online untuk murid lepasan Tingkatan Tiga (3) tahun 2018.

Program-program yang ditawarkan ialah Program Kolej Vokasional, Aliran Teknikal SMT atau Program Kemahiran/Apprenticeship di KV / GIATMARA / Wood Industry Skill Development Center (WISDEC).

Permohonan secara online akan dibuka mulai 15 Oktober 2018.


Cara Memohon Kemasukan Kolej Vokasional, SM Teknik, GIATMARA & WISDEC

Kepada murid yang memenuhi syarat dan kelayakan bolehlah memohon secara online melalui laman web Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat berikut:

https://sptv.moe.gov.my/

Masukkan nombor MyKad / kad pengenalan untuk mengakses borang permohonan.

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai syarat-syarat spesifik kemasukan ke program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, dan juga maklumat tentang institusi-institusi yang terlibat, kursus-kursus yang ditawarkan, info kursus, carta alir dan panduan mengisi borang permohonan, sila layari laman web BPTV.

permohonan Sekolah Teknik, Kolej Vokasional, GIATMARA dan WISDEC 2019


Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan ke program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC ambilan 2019 dibuka mulai 15 Oktober 2018 dan akan ditutup pada 20 Disember 2018 pukul 11:59 malam.


Semakan Keputusan Permohonan ke KV, SMT, GIATMARA & WISDEC

Semakan keputusan permohonan / tawaran KV, SMT, GIATMARA & WISDEC ambilan 2019 boleh dibuat dari 18 Januari hingga 22 Januari 2019. Bagi murid lepasan PBS 2018 (Aliran Perdana), semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM. Manakala bagi murid lepasan PAV 2018 (Aliran PAV), surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengambilan & Pertukaran Murid, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-88845154/ 5088/ 5067/ 5089/ 5094.