Semakan Keputusan UPKK 2017 Online dan SMS

Semakan keputusan UPKK 2017. Tarikh keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sesi akademik 2017 diumumkan keluar ialah 29 Januari 2018.

Keputusan UPKK boleh disemak secara online dan melalui SMS mulai jam 11.00 pagi 29 Januari 2018 sehingga 5.00 petang 5 Februari 2018.

[Baharu] Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2018


Semakan Keputusan UPKK 2017 Online

Semakan keputusan peperiksaan UPKK secara atas talian boleh dibuat melalui Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM di pautan berikut:

http://semakan.islam.gov.my

Masukkan nombor MyKid atau nombor Pengenalan Khas yang telah didaftarkan sebelum peperiksaan UPKK 2017 dijalankan untuk menyemak.


Semakan Keputusan UPKK 2017 melalui SMS

Berikut adalah cara menyemak keputusan UPKK melalui perkhidmatan mySMS 15888:

semakan UPKK 2017

  1. Taipkan:

    UPKK<jarak>[No. MyKid atau No. Pengenalan Khas]

    Contoh: UPKK  060515036884

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga adik-adik mendapat keputusan terbaik bagi ujian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 5 2017. Good luck!