Logo Visit Malaysia 2020

Berikut adalah logo Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020) yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Logo berupa setem ini merupakan gambaran warna-warni flora dan fauna Malaysia yang sangat dihargai.

Visit Malaysia 2020 logo

Logo Visit Malaysia 2020 - Travel.Enjoy.Respect

Kempen Melawat Malaysia 2020 #VisitMalaysia2020 ini menggunakan tagline "Travel.Enjoy.Respect", selaras dengan pergerakan "Travel.Enjoy.Respect" Organisasi Pelancongan Sedunia (UNWTO) yang dilancarkan pada Ogos 2017. Pergerakan ini menyeru para pelancong untuk menjadi pemangkin kepada perubahan positif ke arah masa depan yang lebih baik.

Visit Malaysia 2020 merupakan inisiatif penting ke arah mencapai matlamat Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia yang menyasarkan kedatangan 36 juta pelancong dan mendaftar RM168 bilion dalam resit pelancongan menjelang tahun 2020.