Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2021

Tarikh akhir pengeposan item Pos Laju sempena perayaan Tahun Baru Cina 2021. Pos Malaysia lazimnya mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir perkhidmatan pengeposan dan permintaan pungutan Pos Laju sempena sambutan Tahun Baru Cina / Chinese New Year CNY setiap tahun.

[Baharu] Waktu Operasi Pos Malaysia Pada Cuti Tahun Baru Cina 2023

Buat para peniaga online, sila take note tarikh penting ini. Untuk memastikan barangan pelanggan yang dipesan secara dalam talian sampai sebelum cuti Tahun Baru Cina, pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pos Malaysia.

Cuti perayaan Tahun Baru Cina tahun ini jatuh pada tarikh 12 dan 13 Februari 2021.

Tarikh akhir pengeposan Pos Laju untuk Tahun Baru Cina tahun 2021 akan dikemaskini bila diumumkan kelak.

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Tahun Baru Cina 2020

Untuk memastikan bungkusan pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum cuti perayaan Tahun Baru Cina 2020 (25 - 26 Januari 2020), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 20 Januari 2020.

Bagi item Pos Laju yang dipos selepas 20 Januari 2020, serahan hanya akan dilakukan selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Tarikh Akhir Pos Laju Sempena Tahun Baru Cina CNY 2020

Semua Pusat Pos Laju di seluruh negara akan ditutup mulai 25 Januari sehingga 27 Januari 2020 kecuali Pusat Pos Laju negeri Johor dan Kedah yang akan dibuka pada 27 Januari 2020.

Semoga info mengenai tarikh akhir pengeposan PosLaju sempena CNY 2021 bermanfaat buat para pembaca.

Selamat Tahun Baru Cina!