Cara Semak / Check Scammer Online

Elakkan menjadi mangsa penipuan atau scam bila membuat pembelian secara online. Sebelum meneruskan urusniaga atau membuat apa-apa pembayaran, eloklah dibuat semakan dahulu ke atas nombor akaun bank dan nombor telefon sipenjual untuk mengetahui samada ia pernah terlibat dengan kes-kes jenayah komersil.

Kini orang ramai boleh check nombor akaun bank dan nombor telefon mana-mana pihak atau individu menerusi laman web dan aplikasi khas SEMAK MULE yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia. Semak Mule akan menyatakan jika terdapat sebarang laporan polis dibuat terhadap nombor telefon atau akaun bank tersebut.

Semak Mule dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Commercial Crime Investigation Department (CCID) PDRM.

Cara Semak Scammer Online

Berikut adalah cara membuat semakan nombor akaun bank / nombor telefon scammer secara online di Portal CCID / Semak Mule:

  1. Layari laman web rasmi CCID di pautan berikut:

    https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

  2. Semak Mule check scammer
  3. Terdapat 2 kategori yang boleh dipilih untuk membuat semakan iaitu:
    • Akaun bank
    • Nombor telefon
  4. Klik pada kotak kategori untuk membuat pilihan. Tunggu beberapa saat untuk ia register pilihan anda.
  5. Kemudian masukkan nombor telefon atau nombor akaun bank yang ingin disemak.
  6. Masukkan kod Captcha.
  7. Akhir sekali tekan butang "Semak Maklumat".
  8. Jika ada laporan dibuat, sistem akan memaparkan mesej "AMARAN" serta bilangan report yang telah dibuat ke atas nombor akaun/telefon yang disemak.

    Jika tiada, mesej "Tiada Report Diperolehi, Walau Tiada Report Diperolehi, Ini Tidak Bermaksud Selamat, Sila Berwaspada" akan dipaparkan.

Semak Mule juga disediakan dalam platform mobile app. Aplikasi telefon bimbit Semak Mule boleh dimuat turun di Google Play store dengan nama "Check Scammers CCID".

Melaporkan Penipuan (Scam)

Mangsa scam/penipuan komersil boleh salurkan maklumat ke pihak CCID dengan menelefon CCID SCAM RESPONSE CENTER di talian 03-26101559 atau 03-26101599 setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Hubungi talian ini sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan ataupun keraguan berkaitan sesuatu urusan yang disyaki mempunyai kaitan dengan penipuan (scam).

Orang ramai juga boleh menelefon untuk bertanya tentang modus operandi kes tipu dalam talian sebelum membuat sebarang transaksi bayaran.

Maklumat Terkini Scam

Untuk maklumat dan modus operandi sindiket scam/penipuan komersil terkini di Malaysia, sila layari Facebook page rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM dan page Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police.

Semoga maklumat mengenai semakan scammer/penipu online ini membantu para pembaca mengelakkan diri dan keluarga dari menjadi mangsa penipuan atau scam online. Ingat, sentiasa berwaspada bila berurusan secara dalam talian dan pastikan semak sebelum transfer duit anda.