Jadual Siaran Langsung Dan Live Stream Olimpik Tokyo 2020

Jadual siaran langsung dan live stream Sukan Olimpik Tokyo 2020 di RTM, Astro dan Unifi TV.

Sukan Olimpik merupakan temasya sukan peringkat antarabangsa paling berprestij di dunia. Temasya sukan ini diadakan empat tahun sekali. Kali pertama ia diadakan pada tahun 1896 di Athens, Greece, dan kali terkhir diadakan pada tahun 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Temasya Sukan Olimpik musim panas kali ini merupakan edisi ke-32 (Sukan Olimpik XXXII). Ia sepatutnya diadakan di Tokyo, Jepun pada tahun 2020, namun telah ditunda ke tahun 2021 berikutan pandemik COVID-19.

Sukan Olimpik 2021 yang dijenamakan sebagai Tokyo 2020 ini akan berlangsung mulai 23 Julai hingga 8 Ogos 2021, tanpa kehadiran penonton.

RTM, Astro dan Telekom Malaysia (unifi TV) merupakan penyiar rasmi Sukan Olimpik Tokyo 2020 di Malaysia.

Tonton Siaran Secara Langsung Tokyo 2020 di TV

Siaran langsung sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh ditonton menerusi RTM (percuma), Astro (berbayar) dan Unifi TV (berbayar). Saluran-saluran yang terlibat adalah seperti berikut:

  • RTM: TV Okey dan Sukan RTM - di saluran 110 (HD) dan 111 (HD) TV digital myFreeview
  • Astro: Saluran 785, 786, 787, 788, 789, 790, 791, 792, 793, 794, 797, Arena
  • Unifi TV: Saluran unifi Sports 1 - unifi Sports 13

Tonton Siaran Secara Langsung Tokyo 2020 Secara Online

Siaran langsung sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh ditonton secara online melalui portal live streaming RTM dan Astro.

▣ RTM

Saluran-saluran RTM boleh dicapai melalui pautan-pautan free live stream berikut:

▣ Astro

Pelanggan Astro boleh menonton live stream menerusi Astro GO:

  • Portal Astro GO: astrogo.astro.com.my

Tonton Siaran Secara Langsung Tokyo 2020 Melalui Apps

Siaran langsung sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh ditonton menerusi aplikasi-aplikasi berikut:

  • RTM: rtmklik (percuma)
  • Astro: Astro GO (untuk pelanggan)
  • Unifi TV: playtv@unifi (untuk pelanggan)

Aplikasi mudah alih ini boleh didapati di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Olimpik Tokyo 2020

Senarai Atlet Malaysia ke Tokyo 2020

Kontingen Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dianggotai oleh 30 orang atlet daripada 10 jenis sukan. Berikut adalah senarai nama atlet Malaysia yang bakal beraksi di Tokyo 2020 serta acara sukan yang disertai:

  • Memanah

    - Khairul Anuar Mohamad (Individu Lelaki, Tim Campuran)

    - Syaqiera Mashayikh (Individu Wanita, Tim Campuran)

  • Olahraga

    - Lee Hup Wei (Lompat Tinggi Lelaki)

    - Azreen Nabilah Alias (100m Wanita)

  • Badminton

    - Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki)

    - Soniia Cheah (Perseorangan Wanita)

    - Aaron Chia & Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)

    - Chan Peng Soon & Goh Liu Ying (Beregu Campuran)

    - Chow Mei Kuan & Lee Meng Yean (Beregu Wanita)

  • Berbasikal Trek

    - Azizulhasni Awang (Pecut, Keirin)

    - Muhammad Shah Firdaus Sahrom (Pecut, Keirin)

  • Terjun

    - Pandelela Rinong (Platform 10m Wanita, Platform 10m Seirama Wanita)

    - Leong Mun Yee (Platform 10m Seirama Wanita)

    - Cheong Jun Hoong (Platform 10m Wanita)

    - Ng Yan Yee (Papan Anjal 3m Wanita)

    - Nur Dhabitah Sabri (Papan Anjal 3m Wanita)

  • Golf

    - Gavin Green (Stroke Play Individu Lelaki)

    - Kelly Tan (Stroke Play Individu Wanita)

  • Jimnastik Artistik

    - Jeremiah Loo Phay Xing

    - Farah Ann Abdul Hadi

  • Pelayaran

    - Khairulnizam Mohd Afendy (Laser Lelaki)

    - Nur Shazrin Mohd Latif (Laser Radial Wanita)

    - Nuraisyah Jamil & Juni Karimah Noor Jamali (International 470 Wanita)

  • Menembak

    - Nur Suryani Mohd Taibi (50m Raifal 3 Posisi Wanita)

  • Renang

    - Welson Sim (200m Gaya Bebas Lelaki, 400m Gaya Bebas Lelaki)

    - Phee Jinq En (100m Kuak Dada Wanita, Women's 200m Kuak Dada Wanita)

▣ Jadual Acara Melibatkan Malaysia

Berikut adalah jadual terkini acara sukan di Tokyo 2020 yang melibatkan atlet Malaysia. Tarikh dan masa adalah mengikut waktu Malaysia.

Jadual akan dikemaskini sebaik sahaja maklumat baharu diumumkan.

Tarikh Masa Acara Atlet
7 Ogos 06:30 GOLF
Women's Individual Stroke Play Round 4
Kelly Tan
14:53 BERBASIKAL TREK
Men's Keirin First Round
Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
8 Ogos 09:29 BERBASIKAL TREK
Men's Keirin Quarterfinals
Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom
18:00 Majlis Penutupan Sukan Olimpik Tokyo 2020

Semoga maklumat siaran langsung dan live stream percuma pesta sukan Olimpik #Tokyo2020 ini bermanfaat buat para peminat sukan negara.

Baca juga: