Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Ranking terkini IPTS dan IPTA/UA terbaik di Malaysia 2026. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2026 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2026.

Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti-universiti seluruh dunia berdasarkan enam metrik utama iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti/pelajar, jumlah petikan (citation)/fakulti, nisbah fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2026

Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan universiti swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia oleh QS Quacquarelli Symonds. Disertakan juga ranking Asia 2025 bagi universiti-universiti yang tersenarai.

ranking terbaru top universiti terbaik Malaysia 2026

Universiti Malaya masih kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, serta meningkat ke kedudukan 58 dunia daripada kedudukan ke 60 untuk ranking tahun 2025. Ia berada di tangga 15 ranking universiti Asia,

Rank Malaysia (2026) Rank Dunia (2026) Rank Asia (2026) Nama Universiti
1 58 15 Universiti Malaya (UM)
2 126 24 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
3 134 22 Universiti Putra Malaysia (UPM)
4 134 34 Universiti Sains Malaysia (USM)
5 153 25 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6 251 44 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
7 253 27 Taylor's University
8 269 30 UCSI University
9 410 55 Sunway University
10 491 65 Universiti Utara Malaysia (UUM)
11 509 122 INTI International University
12 542 116 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
13 551 136 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
14 597 125 Management and Science University (MSU)
15 597 147 Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU)
16 609 153 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
17 613 142 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
18 638 196 Lincoln University College
19 731-740 350 SEGi University
20 791-800 109 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Sumber: topuniversities.com

Semoga ranking universiti Malaysia 2026 di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA/MQA.