Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2026
Jadual tarikh bayaran pencen tahun 2025 untuk pesara kerajaan Malaysia. Berikut adalah jadual pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2026 untuk rujukan penerima pencen atau wakil seperti yang disiarkan di Portal Rasmi Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pesara kerajaan boleh menyemak dan mencetak slip penyata bayaran pencen secara online menerusi aplikasi Semakan Penyata Pencen di sini.
Jadual Pembayaran Pencen Bulanan 2026
| Bulan | Tarikh Bayaran | Hari | Catatan |
|---|---|---|---|
| Jan | 20.01.2026 | Selasa | --- |
| Feb | 11.02.2026 | Rabu | Tahun Baru Cina - 17 & 18 Februari 2026 (Selasa & Rabu) |
| Mac | 12.03.2026 | Khamis | Hari Raya Puasa - 21 & 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) |
| Apr | 16.04.2026 | Khamis | --- |
| Mei | 19.05.2026 | Selasa | Hari Raya Haji - 27 & 28 Mei 2026 (Rabu & Khamis) |
| Jun | 19.06.2026 | Jumaat | --- |
| Jul | 21.07.2026 | Selasa | --- |
| Ogo | 20.08.2026 | Khamis | --- |
| Sep | 22.09.2026 | Selasa | --- |
| Okt | 21.10.2026 | Rabu | --- |
| Nov | 20.11.2026 | Jumaat | Hari Deepavali - 8 November 2026 (Ahad) |
| Dis | 18.12.2026 | Jumaat | Hari Krismas - 25 Disember 2026 (Jumaat) |
Jadual rasmi tarikh bayaran pencen bulanan bagi tahun 2026 boleh didapati di sini.
Untuk maklumat terkini tentang tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2026, sila layari Portal Pencen - JPA di pautan https://www.jpapencen.gov.my/.
Bagi pesara / penerima pencen di bawah Skim A, bayaran pencen akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank setiap bulan secara automatik, sama seperti pembayaran gaji kakitangan awam. Manakala bagi Skim B, pesara / penerima atau wakil dikehendaki hadir ke bank setiap bulan untuk menandatangani borang tuntutan pencen sebelum bayaran dikreditkan ke dalam akaun penerima. Cara bayaran melalui Skim B ini biasanya dibuat kepada pesara yang uzur dan anak cacat yang menerima pencen.
Semoga maklumat tarikh bayaran pencen bulanan ini berguna buat rujukan para pesara perkhidmatan awam atau wakil dalam merancang bajet dan perbelanjaan.