e-Penyata Gaji (Slip Gaji Online)

|  4 ulasan

e-Penyata Gaji (e-Gaji) adalah satu sistem yang membolehkan kakitangan awam membuat semakan gaji secara online. Perkhidmatan e Penyata Gaji ini disediakan secara percuma oleh Jabatan Akuantan Negara Malaysia (ANM) di portal anm.gov.my.

Dengan e-Penyata Gaji, slip gaji bulanan kakitangan kerajaan akan dapat diakses secara atas talian, biasanya sehari sebelum tarikh pembayaran gaji kakitangan awam. Cepat lagi mudah.


Menyemak Penyata / Slip Gaji Secara Online

  1. Sila layari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), di pautan berikut:

    http://www.anm.gov.my/

    epenyata slip gaji bulan januari februari mac april mei jun julai ogos september oktober november disember 2016

  2. Klik pada pautan "Sistem e-Penyata Gaji Dan Laporan" (logo paling kiri), dan anda akan dibawa ke halaman daftar masuk. e penyata gaji ANM egaji semak check
  3. Mendaftar untuk pengguna baru

    Untuk pengguna baru, anda hendaklah mendaftar dulu melalui pautan "Pertama Kali Mendaftar".

  4. Menyemak slip gaji

    Setelah selesai mendaftar anda bolehlah log in dengan mengisi maklumat-maklumat yang diminta seperti No. Kad Pengenalan / No. Pasport, No. Gaji, Kata Laluan dan Soalan Keselamatan.

Selain membuat semakan gaji online, kakitangan awam juga boleh menyemak laporan pendapatan tahunan. Penyata-penyata gaji dan laporan-laporan ini akan kekal tersimpan di laman ini, dan boleh diakses serta dicetak atau download pada bila-bila masa, untuk sebarang urusan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh hubungi JANM melalui email di alamat maklumbalas@anm.gov.my ataupun dengan menelefon 03-88821000.

ps. Bila dapat gaji tu bolehlah check saman dan jelaskan mana-mana yang tertunggak.

4 ulasan

eyriqazz

eyriqazz

26 Mei, 2013 13:07
Selalu check gaji isteri guna penyata ni..hik3
TR

TR

27 Mei, 2013 03:01
@Balasan Saya pun sama, tapi sekarang dah pandai check sendiri
Tanpa Nama

Tanpa Nama

29 Mei, 2013 09:56
no gaji mcm mana ?
Tanpa Nama

Tanpa Nama

04 Jun, 2013 09:11
tergendala x abih2...tension betul penyata gaji online nie....
Ulasan baru tidak dibenarkan.
Click to go to top