Semak Status Terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia
Di Malaysia, pencemaran udara atau jerebu dinilai berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) / Air Pollutant Index (API) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Semakin besar nilai bacaan IPU, semakin tinggi tahap pencemaran udara atau jerebu. Indeks yang serupa dikenali dengan nama Pollutant Standards Index (PSI) di negara-negara lain seperti Singapura.
Semakan Bacaan IPU Secara Online
Anda boleh menyemak secara online bacaan IPU (atau dalam bahasa mudahnya indeks jerebu) masa-sebenar (real-time) di lokasi atau kawasan berhampiran anda di bawah. Jika kawasan anda tiada pada senarai, sila navigate ke kawasan anda menggunakan peta interaktif yang disediakan.
Warna pada bacaan merujuk kepada klasifikasi tahap IPU. Untuk mengetahui kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia, padankan warna pada bacaan dengan jadual implikasi kesihatan di hujung post ini.
Sila rujuk Langkah Penjagaan Kesihatan Semasa Jerebu dan Panduan Memilih Topeng Jerebu untuk tindakan menghadapi jerebu.
Untuk melihat perincian dan graf perubahan bacaan IPU sesuatu kawasan (berdasarkan stesen pemantauan kualiti udara terdekat), klik pada bacaan IPU untuk kawasan tersebut. Jika anda layari internet dari luar Malaysia, klik SINI untuk semak bacaan IPU Malaysia.
Klasifikasi Tahap IPU dan Kesan Terhadap Kesihatan
IPU | Tahap Pencemaran | Kesan-Kesan Terhadap Kesihatan |
0 - 50 | Baik | Kualiti udara dianggap memuaskan, dan pencemaran udara menimbulkan sedikit atau tiada risiko |
51 -100 | Sederhana | Kualiti udara boleh diterima, namun bagi sesetengah pencemar mungkin ada sedikit kebimbangan kesihatan untuk sejumlah kecil orang yang tersangat sensitif kepada pencemaran udara |
101-150 | Tidak sihat untuk kumpulan sensitif | Ahli kumpulan-kumpulan sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan. Orang ramai berkemungkinan besar tidak akan terjejas. |
151-200 | Tidak sihat | Setiap orang mungkin mula mengalami kesan kesihatan; ahli-ahli kumpulan yang sensitif mungkin mengalami kesan kesihatan yang lebih serius. |
201-300 | Sangat tidak sihat | Amaran kesihatan keadaan kecemasan. Berkemungkinan besar seluruh penduduk akan terjejas. |
300+ | Berbahaya | Amaran kesihatan: semua orang boleh mengalami kesan kesihatan yang lebih serius. |
Sumber: http://aqicn.org
5 comments
yatty
19 Jun, 2014 17:16Tanpa Nama
03 Oktober, 2015 12:33Kami org ramai belum buta dalam menilai jerebu yg melanda kawasan kami.
Diharap pihak yg terlibat jujur dalam membuat penilaian.
Pada hemat saya yg kurang arif nie. Mgkin pihak yg terlibat tidak mahu timbulkan suasana panik dikalangan masyarakat. Tp org ramai zaman sekarang lebih peka terhadap isu semasa. Ketulusan amat kami hargai.
Unknown
05 Oktober, 2015 00:54Perihatin.
05 Oktober, 2015 05:51Perihatin.
05 Oktober, 2015 05:53