Kadar Harga Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang

|  7 ulasan

Berikut adalah kadar tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) yang diumumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Kutipan tol berkuatkuasa bermula pada jam 6.00 pagi, 1 April 2014.

Jambatan Kedua Pulau Pinang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dengan Batu Maung di Pulau Pinang. Jambatan ini mempunyai 2 lorong laluan kereta serta satu lorong motosikal untuk setiap arah.

Kutipan tol di jambatan ini dilaksanakan secara sistem tol terbuka. Terdapat dua (2) buah plaza tol iaitu:

  1. Plaza Tol Bersepadu Jambatan Kedua Pulau Pinang (Plaza Tol Bandar Cassia) iaitu untuk pengguna yang melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Pilih Plaza A di sebelah kanan untuk ke pulau.

    plaza-tol-bersepadu-PLUS-jambatan-kedua-pulau-pinang

  2. Plaza Tol Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah) iaitu untuk pengguna dari Persimpangan Bertingkat Batu Kawan.

    plaza-tol-jambatan-kedua-pulau-pinang

Terdapat dua elemen bayaran tol yang dikenakan kepada pengguna iaitu tol bagi jambatan dan tol bagi jalan penghubung.


a) Tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang

Tol dikenakan secara sehala, iaitu hanya ke atas kenderaan dari tanah besar (Batu Kawan) yang menuju ke pulau (Batu Maung). Tol dikutip di Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Plaza Tol Bandar Cassia.

Senarai harga tol yang dikenakan adalah seperti berikut:

KELAS

JENIS KENDERAAN

KADAR TOL (RM)

Kelas 0 Motosikal

1.70

Kelas 1 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas)

8.50

Kelas 2 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas)

30.50

Kelas 3 Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)

70.10

Kelas 4 Teksi

8.50

Kelas 5 Bas

26.20


b) Tol bagi jalan penghubung

Tol bagi jalan penghubung dikenakan di kedua-dua hala iaitu kepada:

  • Pengguna yang keluar dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Bandar Cassia, yang ingin melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang atau ke Batu Kawan, dan
  • Pengguna yang masuk ke Lebuhraya PLUS melalui Plaza Tol Bandar Cassia.

Senarai harga tol yang dikenakan adalah seperti berikut:

KELAS

JENIS KENDERAAN

KADAR TOL (RM)

Kelas 1 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 atau 4 roda (kecuali teksi dan bas)

0.60

Kelas 2 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas)

0.90

Kelas 3 Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)

1.20

Kelas 4 Teksi

0.30

Kelas 5 Bas

0.50


Contoh Pengiraan Bayaran Tol

Untuk menjelaskan cara-cara mengira jumlah tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang perlu dibayar, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia ada meyediakan contoh perkiraan bayaran tol seperti di bawah:

bayaran tol jambatan kedua pulau pinang

Klik imej untuk paparan jelas

7 ulasan

Mia Liana

Mia Liana

31 Mac, 2014 21:42
oooo... baru tahu ni. thanks for the info.
Amran

Amran

01 April, 2014 09:40
rugi la tak lalu jambatan ni masa tengah free bulan lepas..
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

01 April, 2014 09:55
@Balasan Rugi tak banyak, tul untuk kereta RM8.80 je :)
Mizz Aiza (Dunia Kecil)

Mizz Aiza (Dunia Kecil)

01 April, 2014 16:19
boleh tahan juga harga tolnya.. walaubagaimanapun, ianya tentu memberikan kemudahan alternatif kepada pengguna jalanraya yang tidak mahu mengharungi kesesakan..
Mohd Shubhi

Mohd Shubhi

17 April, 2014 09:00
Mahal sedikit dari harga naik kereta jambatan lama...

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top