Pelepasan Cukai Pendapatan (LHDN) Bagi Individu

|  18 ulasan

Berikut adalah senarai perbelanjaan bagi individu pemastautin yang diberi pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Nilai pelepasan ini akan ditolak dari jumlah pendapatan yang anda failkan lalu mengurangkan pendapatan bercukai anda. Semakin kecil pendapatan bercukai, semakin kecillah cukai pendapatan anda.

Rebat cukai tidak sama dengan rebat cukai.


Pelepasan Cukai Individu Pemastautin untuk Tahun Taksiran 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

No. Jenis Potongan Individu Amaun (RM) 
1

Individu dan saudara tanggungan

Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun). Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2015 sahaja.

9,000
2 Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa 5,000 (Terhad)
3 Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)

i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum

ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015

4 Individu Kurang Upaya 6,000
5 Yuran Pendidikan (Sendiri) 5,000 (Terhad)
6 Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati 5,000 (Terhad)
7 Pemeriksaan perubatan penuh 500 (Terhad)
8 Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan 1,000 (Terhad)
9 Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun) 3,000 (Terhad)
10 Tabungan bersih dalam skim SSPN 3,000 (Terhad)
11 Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017) 6,000 (Terhad)
12 Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan 300 (Terhad)
13 Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012) 500 (Terhad)
14 Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
10,000 (Terhad)
15 Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri 3,000 (Terhad)
16 Suami/Isteri kurang upaya 3,500
17 Anak di bawah umur 18 tahun 1,000
18 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) 1,000
19 Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

i) 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

atau

ii) 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)

20 Anak Kurang upaya
Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.
(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)

i) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum

ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015

21 Insuran nyawa dan KWSP 6,000 (Terhad)
22 Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 2021 1,000 (Terhad)
23 Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021. 3,000 (Terhad)
24 Insurans pendidikan dan perubatan 3,000 (Terhad)

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia

pelepasan-cukai-individu

18 ulasan

Muhammad Taufiq

Muhammad Taufiq

03 Mac, 2014 20:23
Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Wafa Cw

Wafa Cw

04 Mac, 2014 00:56
bukan LHDN dah potong siap ke dari akaun gaji? kena hantar borang jugak?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

04 Mac, 2014 10:21
@Balasan Yang tu potongan cukai berjadual (PCB) -potongan gaji bulanan, pay-as-you-earn gitu. Amaun dia hanyalah anggaran, berdasarkan gaji bulanan.
Yang ini tax relief, kena claim dalam borang e-filing. Biasanya kalau amaun pelepasan kita besar, jumlah yang kita dah bayar melalui PCB melebihi amaun cukai yang sepatutnya kita bayar.
Myra Jay

Myra Jay

04 Mac, 2014 10:22
Info penting untuk mereka yang kena cukai ni.. TQ sharing :)
jamian sarif

jamian sarif

04 Mac, 2014 15:43
tahun ni tahun pertama aku nak declare cukai atas nama perniagaan sendiri..apa nak buat aku pun tak prepare lg..anyway terima kasih banyak info ni.
hafizmd

hafizmd

05 Mac, 2014 11:16
Masa mula-mula kena isi dulu, pening juga nak tengok pelepasan ni semua...tp sekarang dah senang..nak2 ada info macam ni..thanks bro!
Tanpa Nama

Tanpa Nama

20 April, 2014 09:14
Jika pelepasan khas RM2000 diambil kira, adakah jumlah potongan pelapasan individu (Ruangan 1) menjadi RM11000 bagi pendapatan bulanan yang kurang dari RM8000?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

24 April, 2014 00:35
@Balasan Ya betul, tapi untuk tahun taksiran 2013 sahaja tau :)
Tanpa Nama

Tanpa Nama

25 April, 2014 09:21
Terima kasih pasal info. Cuma nak tahu pasal bila dia pulangkan balik wang terlebih bayar, jumlah nya tidak dinyatakan
Tanpa Nama

Tanpa Nama

27 April, 2014 22:44
2013 dah takda pelepasan jalur lebar ke?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

29 April, 2014 00:15
@Balasan Cepat submit, cepatlah LHDN bayar balik lebihan tu.
Isteri saya aritu dapat balik tak sampai dua minggu selepas failkan cukai.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

12 Mei, 2014 11:50
macam mana nak kira jumlah bayaran balik tu? jumlahnya besar dari jumlah PCB ke macam mana?? terima kasih.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

14 Mei, 2014 18:52
Nak tanya.. sy kurang faham ni.. kalau gaji pokok 4k. kena cukai tak? tngok kat lhdn punya web, 5k pun tak kne cukai. confuse le
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 Mei, 2014 16:02
@Balasan Jumlah bayaran balik ialah jumlah PCB tolak jumlah cukai yang dikenakan.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

17 Mei, 2014 16:16
@Balasan Yang penting kena isi borang e-filing dulu. Berapa amaun cukai kena bayar akan dikira secara automatik.
Ulasan baru tidak dibenarkan.
Click to go to top