Rayuan UPU IPTA dan Politeknik Premier Sesi 2014/2015

[Terkini] Untuk Sesi 2015/2016, sila rujuk Rayuan UPU ke IPTA / Politeknik Premier Sesi 2015/2016.

Rayuan keputusan UPU ke IPTA, Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan STPM/Setaraf bagi sesi akademik 2014/2015 boleh dibuat secara online.

rayuan keputusan upu ipta

  1. Permohonan rayuan keputusan UPU

    Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti & ILKA sahaja layak mengemukakan permohonan rayuan.

    Tarikh permohonan rayuan adalan seperti berikut:

    • Bagi calon lepasan SPM/setaraf

      Bermula16 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 26 Mei 2014.

    • Bagi calon lepasan STPM/setaraf

      Bermula 12 Ogos 2014 jam 12.00 tengah hari sehingga 22 Ogos 2014.

    Rayuan boleh dibuat secara online melalui aplikasi e-Rayuan Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

    Laman Aplikasi e-Rayuan UPU

  2. Semakan keputusan rayuan UPU

    Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) boleh dibuat secara online dan SMS.

    ♦ Tarikh semakan dibuka
    • Bagi calon lepasan SPM/setaraf

      Bermula minggu kedua bulan Jun 2014 (tarikh akan dikemaskini kemudian).

    • Bagi calon lepasan STPM/setaraf

      Bermula minggu ketiga bulan September 2014 (tarikh akan dikemaskini kemudian).

    ♦ Kaedah semakan
    • Semakan secara online

      Semakan secara online boleh dibuat di pautan di bawah:

      Keputusan Rayuan Kemasukan Pelajar UPU

    • Semakan melalui SMS

      Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan UPU melalui SMS:

      1. Taipkan:

        UPU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

        Contoh: UPU  RESULT  960325035243

      2. Hantarkan SMS ke 15888

    Post ini akan dikemaskini bila terdapat maklumat baharu mengenai rayuan dan semakan keputusan rayuan ke IPTA/Politeknik.

    Sila bookmark dan share.