Kedudukan Pungutan Pingat Sukan SEA 2017

Kedudukan jumlah pungutan pingat Sukan SEA ke-29 KL2017. Sukan SEA (Southeast Asian Games) adalah temasya sukan dwi-tahunan yang disertai 11 negara di Asia Tenggara. Kuala Lumpur, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29, yang diadakan dari tarikh 19 hingga 30 Ogos 2017.

Berikut adalah keputusan kutipan pingat dan kedudukan bagi negara-negara peserta setelah tamat temasya Sukan SEA ke-29.

sukan SEA Kuala Lumpur 2017


Jumlah Kutipan Pingat Sukan SEA 2017

Kontingen Malaysia telah muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA KL2017 dengan kutipan 145 emas, 92 perak dan 85 gangsa - keseluruhan 323 jumlah pingat.

RANK NEGARA EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
1 Malaysia 145 92 85 323
2 Thailand 72 86 88 246
3 Vietnam 58 50 60 168
4 Singapore 57 58 73 188
5 Indonesia 38 63 90 191
6 Philippines 24 33 64 121
7 Myanmar 7 10 20 37
8 Cambodia 3 2 12 17
9 Lao PDR
2 3 21 26
10 Brunei 0 5 9 14
11 Timor Leste 0 0 3 3

Rimau maskot sukan SEA 2017

Maskot untuk Kuala Lumpur 2017 ialah Rimau. Ia adalah dari spesis Harimau Malaya yang gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. RIMAU merupakan singkatan kepada Hormat (Respect), Berwibawa (Integrity), Tangkas (Move), Bersikap Positif (Attitude) dan Bersatu (Unity).

Malaysia Boleh!

Click to go to top