Semakan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018

Berikut dikongsikan maklumat mengenai semakan kelayakan menduduki serta pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018.

UKSBP adalah merupakan satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada sekumpulan murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Mereka yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang cerah untuk mendapat tawaran memasuki SBP.

Bagi murid yang telah memohon untuk ke SBP Tingkatan 1 dan 4 ambilan tahun 2018, anda hendaklah menyemak samada terpilih untuk menduduki UKSBP atau tidak.


Cara Semak Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2018

Semakan kelayakan dan pusat Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) boleh dibuat secara online mulai 30 November sehingga 15 Disember 2017 menerusi pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my/

Sila masukkan angka giliran UPSR 2017 dan klik butang "Klik Untuk Semak" untuk mula menyemak.


Lokasi Dan Tarikh UKSBP

UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP di seluruh negara. Tarikh ujian adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh uksbp

Untuk info lanjut dan terkini mengenai kemasukan ke SBP, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah SBP. Semoga anda berjaya dalam UKSBP dan seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Click to go to top