Tarikh-tarikh Penting Permohonan PISMP IPG 2019

Berikut adalah kalendar aktiviti bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2019. Ia mengandungi tarikh-tarikh penting berkaitan permohonan mengikuti PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG), seperti tarikh permohonan dibuka dan ditutup, tarikh semakan UKCG, tarikh panggilan temuduga dan juga tarikh semakan tawaran.

Kepada calon-calon yang ingin atau telah mengemukakan permohonan PISMP IPG, anda dinasihatkan supaya peka dengan tarikh-tarikh ini supaya dapat bertindak seperti sepatutnya dalam julat masa yang ditetapkan. Kalendar ini tertakluk kepada perubahan semasa.


Kalendar Aktiviti Permohonan PISMP IPG 2019

Bil Aktiviti Tarikh

1

Permohonan PISMP IPG 2019 secara online dibuka

19-03-2019
hingga
25-03-2019

2

Permohonan ditutup (pindaan atau perubahan maklumat permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup)

25-03-2019
(11:59 PM)

3

Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG

  • Calon berjaya perlu mencetak surat panggilan UKCG di laman sesawang KPM

02-04-2019
hingga
08-04-2019

4

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

07-04-2019
hingga
10-04-2019

5

Semakan Keputusan Calon Layak dipanggil Temu Duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM

16-04-2019
hingga
24-04-2019

6

Temu Duga dan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)

  • Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik / Kokurikulum

22-04-2019
hingga
30-04-2019

7

Semakan tawaran calon berjaya.

  • Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM.
  • Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri.

27-05-2019
hingga
17-06-2019

8

Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru

  • Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran

17-06-2019

kalendar aktiviti tarikh penting permohonan IPG

Calon dinasihatkan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan IPG.

Semoga maklumat tarikh-tarikh penting permohonan PISMP ambilan 2019 ini bermanfaat buat semua pembaca, khususnya adik-adik yang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru. Pastikan anda tidak terlepas tarikh-tarikh penting ini.