Semakan Status Dan Rayuan BR1M 2018

Semakan status permohonan BR1M dan Rayuan BR1M. Kepada pemohon yang tertanya-tanya samada permohonan BR1M anda berjaya/lulus atau tidak: Pemohon sebenarnya boleh membuat semakan untuk mengetahui status atau keputusan permohonan BR1M.

Disertakan juga maklumat permohonan rayuan BR1M 2018 bagi mereka yang gagal.


Cara Membuat Semakan BR1M 2018

Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui status permohonan BR1M anda:

  1. Semakan status BR1M secara online

    Ini merupakan cara yang paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat menerusi tab "MyBR1M" di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), iaitu di pautan:

    https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

  2. Makluman keputusan permohonan BR1M secara pos

    Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BR1M akan diposkan kepada pemohon. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).

  3. Makluman keputusan permohonan BR1M melalui email

    Makluman keputusan BR1M juga boleh dibuat menerusi emel (dengan menggunakan alamat e-mel yang didaftarkan semasa permohonan).

  4. Semakan status BR1M melalui telefon

    Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

  5. Semakan menggunakan aplikasi mobile BR1M

    Aplikasi boleh dimuat turun di Google Play Store (untuk platform Android) dan App Store (untuk platform iOS).
  6. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Bagi yang telah lulus dan ingin mengetahui bila anda akan dapat duit BRIM 2018, sila rujuk Jadual Pembayaran BR1M 2018. Duit BR1M lazimnya dibank-in terus ke dalam akaun atau diagih dalam bentuk baucar.

BR1M


Rayuan BR1M 2018

Berikut adalah maklumat terkini Rayuan BR1M 2018:

  • Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat mulai 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila layari pautan ini untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus BR1M dan dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa mengemukakan rayuan.
  • Pemohon juga boleh menghantar permohonan rayuan secara pos ke alamat Peti Surat BR1M, GPO Shah Alam bersama dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu, permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat secara online. Sila layari pautan ini untuk senarai status tidak lulus yang dibenarkan rayuan secara atas talian. Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara online boleh dibuat mulai 13 April 2018.
  • Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my.

Semoga info ini berguna untuk semua pembaca.