Permohonan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014

|  3 comments

Permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk sesi pengambilan tahun 2014 telah di buka bermula 17 September 2013. Permohonan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon mestilah warganegara Malaysia, menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013, sihat dan sesuai fizikal dan bebas daripada penyakit kronik.

Kepada yang memenuhi syarat bolehlah memohon secara online di laman Aplikasi Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

permohonan KV dan SMT

Sila masukkan nombor MyKad / kad pengenalan dan nombor angka giliran PMR untuk memulakan permohonan.

Tarikh tutup permohonan ialah 25 Disember 2013.

Update 13 Jan 2014: Semakan keputusan permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) untuk sesi pengambilan tahun 2014  sudah boleh dibuat.

3 comments

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel