Adakah Tablet Layak Untuk Potongan Cukai Pendapatan?

|  1 comments

Perenggan 46 (1) (j) Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967 menyatakan bahawa individu layak menuntut potongan cukai pendapatan sehingga RM3,000 bagi pembelian komputer peribadi untuk tujuan bukan perniagaan. Potongan ini dibenarkan sekali dalam tiga (3) tahun.

Sebelum ini, komputer tablet yang tidak mempunyai ciri-ciri telefon (seperti membuat / menerima panggilan telefon dan menghantar / menerima SMS/MMS) dianggap sebagai komputer peribadi, jadi ia layak diberi pelepasan cukai pendapatan bagi individu.

Walau bagaimanapun, pada 20 Mac 2013, LHDN telah memutuskan komputer peribadi hanya meliputi komputer desktop, komputer riba, notebook dan ultrabook yang digunakan untuk tujuan bukan perniagaan. Ia juga menyatakan dengan jelas bahawa kelayakan potongan cukai pendapatan tidak meliputi tablet dan telefon pintar.

tablet tak layak potongan cukai

Oleh itu berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013, komputer tablet tidak lagi layak untuk pelepasan cukai. Jadi janganlah pasang angan-angan nak dapatkan potongan cukai bila beli tablet nanti.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Definisi_komputer.pdf

1 comments

ohcikgu

ohcikgu

15 Oktober, 2013 01:23
ohh..sudah tak layak dahh..

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel