Takwim Penggal Persekolahan 2019

Maklumat mengenai kalendar sesi persekolahan dan cuti sekolah 2019 (school holiday 2019 Malaysia). Takwim rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini menyatakan tarikh-tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh cuti sekolah, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah.

[Baharu] Kalendar Cuti sekolah Dan Cuti Perayaan Tahun 2020

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, serta aktiviti balik kampung.

Untuk maklumat tentang cuti umum 2019, sila layari Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019.

Perincian hari persekolahan dibahagikan mengikut kumpulan dan penggal, seperti berikut:


Takwim Persekolahan 2019 Kumpulan A

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri di mana hujung minggunya hari Jumaat: Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.

penggal persekolahan 2019 kumpulan A


Takwim Persekolahan 2019 Kumpulan B

Berikut adalah takwim penggal persekolahan untuk sekolah-sekolah di negeri yang hujung minggunya hari Ahad: Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

penggal persekolahan 2019 kumpulan B

Untuk muat turun fail pdf Takwim Sekolah 2019 sila klik sini.


Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2019

Disamping cuti penggal dan cuti pertengahan & akhir tahun, sekolah juga diperuntukkan cuti perayaan oleh KPM. Cuti ini tidak perlu diganti.

Berikut adalah jadual cuti perayaan melibatkan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas bagi sesi persekolahan tahun 2019.

cuti perayaan 2019

Sila rujuk Kalendar Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019 untuk membantu anda merancang percutian sekeluarga.

Semoga info takwim penggal persekolahan sesi 2019 ini bermanfaat buat para guru, ibu bapa dan pelajar.