Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2021

Ranking IPTS dan IPTA/UA terbaik di Malaysia 2021. Berikut adalah ranking universiti terbaik Malaysia 2021 berdasarkan penilaian tahunan oleh QS World University Rankings 2021.

Penilaian dibuat dengan membandingkan prestasi universiti-universiti seluruh dunia berdasarkan enam metrik utama iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah fakulti/pelajar, jumlah petikan (citation)/fakulti, nisbah fakulti antarabangsa dan nisbah pelajar antarabangsa.

[Baharu] Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2022

Permohonan ke universiti awam boleh di buat melalui portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pendidikan Tinggi.

Senarai Universiti Terbaik Malaysia 2021

Jadual di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan universiti swasta terbaik Malaysia berdasarkan kedudukan atau ranking terbaharu dunia. Disertakan juga ranking Asia 2021 bagi universiti-universiti yag tersenarai.

ranking terbaru top universiti terbaik Malaysia 2020 2021

Universiti Malaya kekal berada di tangga teratas / nombor satu di Malaysia, meningkat daripada kedudukan 70 dunia pada tahun 2020 kepada kedudukan ke 59 untuk ranking tahun 2021. Kedudukan lain-lain universiti awam seperti UPM, UKM, USM dan UTM juga meningkat pada ranking dunia 2021.

Rank Malaysia (2021) Rank Dunia (2021) Rank Asia (2021) Nama Universiti
1 59 9 Universiti Malaya (UM)
2 132 28 Universiti Putra Malaysia (UPM)
3 141 35 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
4 142 34 Universiti Sains Malaysia (USM)
5 187 39 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6 379 89 Taylor's University
7 391 105 UCSI University
8 439 70 Universiti Teknologi Petronas (UTP)
9 531-540 107 Universiti Utara Malaysia (UUM)
10 551-560 139 Management and Science University (MSU)
11 601-650 123 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
12 651-700 108 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
13 701-750 172 Sunway University
14 701-750 168 Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
15 751-800 133 Universiti Malaysia Pahang (UMP)
16 801-1000 190 Multimedia University (MMU)
17 801-1000 251-260 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
18 801-1000 157 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
19 801-1000 207 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
20 801-1000 210 University Malaysia Sabah (UMS)

Sumber: topuniversities.com

Semoga ranking universiti Malaysia 2021 oleh Quacquarelli Symonds (QS) di atas berguna sebagai salah satu panduan dalam menilai universiti terbaik bagi bidang pilihan anda. Dan jangan lupa untuk memastikan kursus yang anda pilih diiktiraf oleh JPA / MQA.