Tarikh Pendaftaran Dan Peperiksaan MUET 2022

Berikut adalah jadual pendaftaran dan ujian MUET 2022. Kalendar MUET ini mengandungi tarikh pendaftaran, peperiksaan dan keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi tahun 2022 yang diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Di antara tarikh-tarikh penting peperiksaan kalendar MUET 2022 adalah tarikh pendaftaran dibuka, tarikh pendaftaran ditutup, tarikh ujian lisan (speaking), tarikh ujian bertulis (reading, writing dan listening) dan tarikh keputusan diumumkan. Semua tarikh adalah tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

Kalendar Pendaftaran Dan Ujian MUET 2022

  • MUET Sesi 1 2022
    • Tarikh Pendaftaran: 7 Disember 2021 - 12 Januari 2022
    • Tarikh Ujian Lisan: 29, 30, 31 Mac dan 5, 6, 7 April 2022
    • Tarikh Ujian Bertulis: 26 Mac 2022
    • Tarikh Keputusan Ujian: 30 Mei 2022
  • MUET Sesi 2 2022
    • Tarikh Pendaftaran: 3 Mac – 6 April 2022
    • Tarikh Ujian Lisan: 21, 22, 23, 27, 28 dan 29 Jun 2022
    • Tarikh Ujian Bertulis: 16 Julai 2022
    • Tarikh Keputusan Ujian: 15 September 2022
  • MUET Sesi 3 2022
    • Tarikh Pendaftaran dibuka: 30 Jun - 3 Ogos 2022
    • Tarikh Ujian Lisan: 11, 12, 13, 17, 18 dan 19 Oktober 2022
    • Tarikh Ujian Bertulis: 5 November 2022
    • Tarikh Keputusan Ujian: 12 Januari 2023

kalendar pendaftaran dan ujian MUET 2022

Jadual terkini MUET 2022 yang disiarkan MPM. Klik untuk paparan lebih besar dan jelas.

Fail pdf kalendar MUET 2022 boleh dimuat turun di sini. Semua maklumat yang tertera tertakluk kepada pindaan dan kelulusan Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

Semoga maklumat pendaftaran, peperiksaan dan keputusan ujian MUET memberi manfaat kepada para calon MUET.