Takwim Cuti Umum Selangor 2023

Takwim cuti umum negeri Selangor tahun 2023. Berikut adalah kalendar cuti umum bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2023 sepertimana disiarkan di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Selangor.

Semoga kalendar cuti umum Selangor ini dapat membantu penduduk Selangor dalam membuat perancangan awal percutian untuk tahun ini. Kalender ini akan dikemaskini sebaik sahaja terdapat sebarang perubahan.

Hari Cuti / Kelepasan Am Negeri Selangor 2023

Jadual berikut menyatakan tarikh, hari dan nama hari-hari kelepasan am negeri dan kelepasan am persekutuan bagi Negeri Selangor untuk tahun 2023.

Bil Hari Kelepasan Am Tarikh Hari
1 Tahun Baru 1/1/2023 Ahad
2 Tahun Baru Cina 22/1/2023 Ahad
3 Tahun Baru Cina (Hari Kedua) 23/1/2023 Isnin
4 Hari Thaipusam 5/2/2023 Ahad
5 Nuzul Al-Quran 8/4/2023 Sabtu
6 Hari Raya Puasa * 22/4/2023 Sabtu
7 Hari Raya Puasa (Hari Kedua) * 23/4/2023 Ahad
8 Hari Pekerja 1/5/2023 Isnin
9 Hari Wesak 4/5/2023 Khamis
10 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong 5/6/2023 Isnin
11 Hari Raya Qurban * 29/6/2023 Khamis
12 Awal Muharram (Ma'al Hijrah) 19/7/2023 Rabu
13 Hari Kebangsaan 31/8/2023 Khamis
14 Hari Malaysia 16/9/2023 Sabtu
15 Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) 28/9/2023 Khamis
16 Hari Deepavali * 12/11/2023 Ahad
17 Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor 11/12/2023 Isnin
18 Hari Krismas 25/12/2023 Isnin

* Tertakluk kepada pindaan (Dikemaskini pada 1 Januari 2023)

Peringatan:

Jika mana-mana Hari Kelepasan Am Negeri jatuh pada hari kelepasan mingguan maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am, dan jika hari sedemikian adalah sememangnya Hari Kelepasan Am maka hari yang berikutnya hendaklah menjadi Hari Kelepasan Am.

Jika Hari Kelepasan Am itu jatuh pada hari Sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan Hari Kelepasan Am dan tidak akan diganti pada hari-hari yang lain.

Sumber: Hari-hari Kelepasan Am bagi Negeri Selangor Darul Ehsan Tahun 2023, Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

takwim cuti umum selangor 2023

Sila layari juga Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2023 dan Kalendar Islam 2023 Masihi / 1444-1445 Hijrah Malaysia.

Semoga perkongsian kalendar cuti umum Negeri Selangor Darul Ehsan bagi tahun 2023 ini bermanfaat buat para pembaca khususnya warga Selangor. Senarai ini boleh dijadikan panduan dalam merancang aktiviti percutian bersama keluarga, mengadakan kenduri / jamuan, ziarah dan sebagainya.