Permohonan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014

|  7 ulasan

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan dengan BR1M 3.0. Kali ini nilai bantuan dinaikkan dan skop bantuan diperluaskan.

Update: Permohonan BR1M 3.0 boleh dibuat bermula 23 Disember 2013 sehingga 31 January 2014.

Disamping itu untuk BR1M 3.0, setiap penerima isi rumah BR1M akan menikmati Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) bernilai RM50 bagi memberi perlindungan sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

BR1M 3

Berikut adalah ringkasan syarat kelayakan serta nilai bantuan BR1M 3.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014:

Syarat Kelayakan

Nilai Bantuan

Isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM3,000

RM650 tunai

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000- RM4,000

RM450 tunai

Individu bujang 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000

RM300 tunai

Isi rumah berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000

RM50 caruman i-BR1M dengan manfaat maksima RM30k


Cara memohon BR1M 3.0

Penerima BR1M sedia ada tidak perlu memohon kerana anda akan layak menerima BR1M 3.0 secara otomatik. Permohonan hanya perlu untuk calon penerima yang baharu sahaja.

Permohonan boleh dilakukan:

  • Secara online menerusi laman eBR1M LHDN, ataupun
  • Melalui pejabat-pejabat berikut:
    • Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Jabatan Pembangunan Persekutuan
    • Pejabat pembangunan negeri dan pejabat daerah
    • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan


Dokumen yang diperlukan untuk mendaftar

Pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut bila datang mendaftar:

  • Borang pendaftaran bantuan BR1M 3.0
  • Salinan Mykad/kad polis/kad tentera
  • Salinan slip gaji anda jika perlu


Bilakah duit BR1M akan diterima?

Pembayaran BR1M akan dibuat bermula Februari 2014.

7 ulasan

mrhanafi

mrhanafi

28 Oktober, 2013 12:03
terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin..
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

28 Oktober, 2013 15:04
@Balasan Bolehla nak cover kenaikan harga gula :)
Amiruldin

Amiruldin

23 Disember, 2013 20:11
Mohon Kerajaan tambah lagi untuk cover kenaikan gula, petrol, tol, letrik dan macam-macam lagi :(
Denaihati

Denaihati

28 Disember, 2013 10:35
selamat memohon bagi yang layak dan semoga berjaya. kali ni ada lebih sikit dan gunakan dengan berkhemah.
ohcikgu

ohcikgu

28 Disember, 2013 12:29
mesti ramai cikgu-cikgu yang appy nih.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

28 Disember, 2013 12:29
@Balasan Ya, beli buat barang keperluan, untuk ringankan beban.
Amar khamis

Amar khamis

10 Februari, 2014 23:29
terima kasih kerajaan sebab tahu keperluan dan perbelanjaan yang makin meningkat..BRIIM 3.0 ni dapat meringankan serba sedikit beban rakyat......

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top