Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Hari Raya Puasa 2014

|  2 ulasan

Berikut adalah jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS sempena cuti Hari Raya Aidilfitri 2014. Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat bermula pada 25 - 27  2014 Julai (Jumaat-Ahad) untuk perjalanan balik kampung dan pada 1 - 3 Ogos 2014 (Jumaat-Ahad) bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang.

Sila rujuk tips memandu balik kampung untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya.

cadangan waktu perjalanan PLUS

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS untuk Hari Raya Aidilfitri 2014
Klik gambar untuk saiz besar

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Twitter PLUS www.twitter.com/plustrafik atau hubungi talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari MalaysiaTercinta.com.

2 ulasan

wanyob.com

wanyob.com

23 Julai, 2014 15:30
Nasib baik saya hari raya baru nak bertolak ke arah lembah klang , tapi kadang-kadang sesak juga jadinya .

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top