Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2018

|  2 comments

Berikut adalah jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri 2018. Jadual ini mengandungi cadangan perjalanan berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan mengikut masa dan destinasi tertentu antara Lembah Klang dan negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat bermula 9 hingga 14 Jun 2018 untuk perjalanan balik kampung dan dari 17 hingga 24 Jun 2018 untuk perjalanan kembali ke Kuala Lumpur / Lembah Klang.

Bagi pembaca yang akan pulang ke destinasi di Pantai Timur, sila rujuk Cadangan Waktu Perjalanan di KLK & LPT1 Sempena Aidilfitri 2018.


Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan Sempena Aidilfitri 2018

Jadual berikut menunjukkan cadangan waktu memulakan perjalanan dari Lembah Klang ke destinasi-destinasi utama di utara & selatan tanahair dan sebaliknya.

cadangan masa perjalanan balik kampung aidilfitri kuala lumpur

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS untuk Hari Raya Aidilfitri 2018
Klik gambar untuk saiz besar

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lepas.

Sila rujuk tips memandu balik kampung untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Twitter PLUS www.twitter.com/plustrafik atau hubungi talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000.

2 comments

Yanz Homestay Melaka

Yanz Homestay Melaka

18 Jun, 2017 22:31
terima kasih atas perkongsian ini. pandu cermat. semoga selamat berhari raya.
Hanyapedia

Hanyapedia

14 Jun, 2018 13:58
Selamat hari raya idul fitri..
Terimakasih telah berbagi

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel