Jadual Perjalanan & Harga Tiket ETS Pdg Besar - KL Sentral - Gemas

|  14 comments

Jadual perjalanan dan tambang keretapi terkini ETS Padang Besar - KL Sentral - Gemas oleh KTMB Intercity.

Setakat ini terdapat empat tren ETS beroperasi di laluan ini menghala ke selatan iaitu dua tren Padang Besar » Gemas dan dua tren Padang Besar » KL Sentral.

Perjalanan ke utara juga diservis oleh empat tren, iaitu dua tren Gemas » Padang Besar dan dua tren KL Sentral » Padang Besar.

Perjalanan Padang Besar - Gemas juga boleh dibuat dengan ETS Padang Besar - Gemas melalui Butterworth.


Jadual Perjalanan Tren ETS Padang Besar - KL Sentral - Gemas

Jadual masa perjalanan, bilangan hentian serta masa perjalanan adalah berbeza bagi setiap tren. Sila semak jadual untuk memastikan anda memilih tren yang betul untuk ke destinasi anda.

Untuk perjalanan di antara Kuala Lumpur - Butterworth anda boleh menaiki ETS KL Sentral - Butterworth - Gemas dan untuk perjalanan Kuala Lumpur - Ipoh anda boleh naiki ETS Ipoh - Sungai Buloh - KL Sentral.

Berikut adalah jadual lengkap waktu perjalanan tren ETS bagi laluan Padang Besar - KL Sentral - Gemas. Warna latar hijau menandakan stesen mula manakala warna merah menandakan stesen hentian terakhir.


1. Jadual Perjalanan ETS Dari Utara ke Selatan

Padang Besar » KL Sentral » Gemas

(Berkuatkuasa 18/12/2017)

Kelas Gold Gold Gold Gold
Hari Operasi Setiap hari Setiap hari Setiap hari Setiap hari
No. Tren EG9221 EG9423 EG9203 EG9425
PADANG BESAR 1000 1250 1610 1800
ARAU 1018 1309 1629 1819
ANAK BUKIT 1031 1325 - 1835
ALOR STAR 1037 1332 1651 1842
GURUN 1054 - - -
SUNGAI PETANI 1106 1402 1720 1912
Tasek Gelugor 1115 - - -
Parit Buntar 1137 1436 - 1946
Bagan Serai 1143 - - -
TAIPING 1206 1506 1821 2016
KUALA KANGSAR 1225 1526 1841 2036
Sungai Siput - 1537 - 2047
IPOH 1257 1559 1914 2109
BATU GAJAH 1308 1611 1926 2121
KAMPAR 1318 1623 - 2133
Tapah Road 1327 1634 - 2144
TANJUNG MALIM 1404 1713 - 2223
Sungai Buloh 1447 1756 - 2306
KUALA LUMPUR 1508 1817 2137 2327
KL SENTRAL 1513 1827 2142 2337
Bandar Tasek Selatan 1842 2352
KAJANG 1858 0008
SEREMBAN 1944 0054
PULAU SEBANG / TAMPIN 2018 0128
Batang Melaka 2031 0141
GEMAS 2045 0155


2. Jadual Perjalanan ETS Dari Selatan ke Utara

Gemas » KL Sentral » Padang Besar

(Berkuatkuasa 18/12/2017)

Kelas Platinum Gold Platinum Gold
Hari Operasi Setiap hari Setiap hari Setiap hari Setiap hari
No. Tren EP9202 EG9420 EP9204 EG9424
GEMAS 0730 2110
Batang Melaka 0743 2122
PULAU SEBANG / TAMPIN 0755 2135
SEREMBAN 0828 2208
KAJANG 0911 2251
Bandar Tasek Selatan 0927 2307
KL SENTRAL 0645 0944 1140 2327
KUALA LUMPUR 0651 0949 1146 2333
Sungai Buloh - 1005 - 2350
TANJUNG MALIM - 1048 - 0035
Tapah Road - 1128 - 0114
KAMPAR - 1139 - 0125
BATU GAJAH 0848 1151 1343 0137
IPOH 0901 1204 1356 0150
Sungai Siput - 1223 - 0209
KUALA KANGSAR 0932 1234 1427 0221
TAIPING 0952 1253 1447 0241
Bagan Serai - - - -
Parit Buntar - 1321 - 0311
Tasek Gelugor - - - -
SUNGAI PETANI 1055 1355 1550 0346
GURUN - - - -
ALOR STAR 1124 1423 1619 0415
ANAK BUKIT - 1430 - 0422
ARAU 1146 1446 1641 0438
PADANG BESAR 1208 1505 1703 0501

Perincian jadual terkini perjalanan tren ETS KTMB Gemas - KL Sentral - Padang Besar boleh didapati di sini.


Harga Dan Tempahan Tiket Tren ETS

Semakan harga tiket ETS (dan tren biasa KTMB Intercity) serta pembelian tiket secara online boleh dibuat di laman utama web KTMB di pautan berikut:

http://www.ktmb.com.my/

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan harga tambang dan membeli tiket.

  1. Mula-mula pilih samada one way atau return trip, kemudian pilih stesen permulaan perjalanan, diikuti dengan destinasi, tarikh berlepas, julat masa berlepas dan bilangan penumpang. Kemudian tekan butang “Search”.

    harga dan tempahan tiket ETS KTMB

  2. Paparan akan menunjukkan senarai nombor tren yang available, jenis coach (samada Gold atau Platinum), tempoh perjalanan, masa berlepas dan masa tiba, dan juga harga tiket untuk dewasa dan kanak-kanak.

    harga tiket ETS

  3. Untuk membuat tempahan, pilih tren dan tekan butang “PROCEED”. Anda perlu login untuk meneruskan langkah-langkah seterusnya (mengisi maklumat penumpang, memilih tempat duduk dan membuat pembayaran).


Peta Rangkaian Laluan Tren ETS KTMB

peta rangkaian laluan tren ETS KTMB

Sumber: Wikipedia

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sesawang Keretapi Tanah Melayu Berhad di www.ktmb.com.my atau Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862.

Baca juga:

14 comments

Mek ila Jual Vitamin

Mek ila Jual Vitamin

27 Julai, 2015 16:46
Memang teringin sangat nak naik ETS ni. Khabarnya memang selesa seperti menaiki kapalterbang.
Azlin Jaafar

Azlin Jaafar

31 Julai, 2015 09:28
usia utk kanak-kanak tu bwh 12 tahun means dr 1-12 ke??
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

02 Ogos, 2015 01:20
4 hingga 12 tahun .Kalau tak silap saya, bagi kanak-kanak bawah 4 tahun tambang perjalanan adalah percuma.
Sila rujuk Syarat-syarat Pengangkutan Penumpang KTMB Bab 3: Syarat Tiket
Areniss Effa

Areniss Effa

05 Ogos, 2015 21:14
Mcm mn nk thu harga tiket dari kl sentral ke Butterworth? Ouh,satu lgi ets ke Butterworth tiada ke?
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

05 Ogos, 2015 23:14
@Balasan Berpandukan jadual tambang di atas, harga tiket dewasa RM59, tiket kanak-kanak RM34.
sara

sara

16 Ogos, 2015 10:10
@Balasan dah baca..means yang bawah umur 4tahun takyah beli tiketla ek.
Nur Hidayah

Nur Hidayah

17 Ogos, 2015 14:49
hai..nak tanya if nak ambk ets dari alor setar ke kl sentral pukul berapa ye?dan harga tiket berapa?thanx..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

17 Ogos, 2015 16:36
kalau ke tapah road dewasa rm29 kanak2 berapa plak
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

26 Ogos, 2015 18:44
@Balasan KL Sentral - Tapah Road kanak-kanak: RM19
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

26 Ogos, 2015 18:47
@Balasan Bertolak dari Alor Setar 4:30 petang, sampai KL Sentral 9:15 malam. Tiket RM73 dewasa.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

27 Ogos, 2015 07:27
Tambang untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) takde diskaun ke?
Tanpa Nama

Tanpa Nama

28 Ogos, 2015 12:49
@Balasan Kalau tak silap, sama harga dengan tambang kanak-kanak.
.::Radzman Osman::.

.::Radzman Osman::.

11 September, 2015 10:21
Indah khabar dari rupa... Ibarat seperti menaiki komuter dari shah alam ke kuala lumpur... Kelajuan maksima hanyalah 120 km/j bagi sesiapa yang mempunyai ketinggian melebihi 1.7 mtr ia kurang selesa dan susunan tempat duduk yang kurang kondusif... Syabas KTMB...
Ulasan ditutup
Click to go to top