Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 2017 Online

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk sesi 2017. Calon-calon cemerlang yang berminat boleh memohon secara online di laman sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berikut diterangkan cara-cara memohon untuk ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SBP untuk kemasukan tahun 2017.

Sila rujuk Senarai Ranking SBP Terbaik untuk membantu anda memilih tiga nama SBP yang perlu diisi dalam borang permohonan.

Untuk memohon ke MRSM sila layari Permohonan Ke MRSM 2017.


Permohonan ke SBP Tingkatan 4 2017

Permohonan ke SBP Tingkatan 4 boleh dibuat secara online menerusi laman web Permohonan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2017, mulai 1 Disember 2016 di pautan berikut:

https://sst4.moe.gov.my/

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ambilan 2017:

  • Permohonan dibuka mulai 1 Disember sehingga 30 Disember 2016.
  • Baca dan fahami Info SBP serta Panduan Permohonan sebelum mengisi borang permohonan.
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran PT3 2016.

sbp


Permohonan ke SBP Tingkatan 1 2017

Permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online di laman web Permohonan Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2017, mulai 15 Oktober 2016 di pautan berikut:

https://sst1.moe.gov.my/

Berikut adalah beberapa maklumat penting mengenai Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 SBP ambilan 2017:

  • Permohonan dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2016.
  • Baca dan fahami info SBP serta panduan permohonan sebelum mengisi borang permohonan.

    [Terkini] Syarat baharu kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke SBP 2017 boleh dibaca di sini.

  • Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan bimbingan Ibubapa/Penjaga/Guru. Pemohon tidak digalakkan mengisi borang secara bersendirian.
  • Pengemaskinian boleh dilakukan bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan
  • Log masuk dengan menggunakan nombor MyKad dan angka giliran UPSR 2016.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai permohonan kemasukan ke SBP, sila layari laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan www.moe.gov.my atau hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) KPM di talian hotline 03-83217400.

Semoga berjaya.

Click to go to top