Semakan Keputusan SPM 2019 Online Dan SMS

Tarikh keputusan SPM 2019 diumumkan dan cara semak keputusan SPM. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 akan diumumkan keluar pada 5 Mac 2020. Ringkasan keputusan peperiksaan SPM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Calon-calon boleh mendapatkan keputusan penuh SPM daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan dahulu.

Bergantung kepada tahap keputusan SPM, pelajar boleh memohon UPUOnline untuk ke Universiti Awam, IPG, Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti atau ILKA.

semakan keputusan SPM 2019

Semakan Keputusan SPM 2019 Online

Semakan ringkasan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara online boleh dibuat melalui laman sistem aplikasi Semakan Keputusan Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan berikut:

http://sppat.moe.gov.my/semakan/

Semakan Keputusan SPM 2019 melalui SMS

Keputusan juga boleh disemak menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2019 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 5 Mac 2020 dan akan berakhir pada 6.00 petang 11 Mac 2020.

Berikut adalah cara menyemak keputusan peperiksaan SPM melalui SMS:

semakan keputusan SPM 2019 elalui SMS

  1. Taipkan:

    SPM<jarak>[No. KP]<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: SPM  000527031234  WY189A123

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Pastikan nombor kad pengenalan dan angka giliran seperti mana yang didaftarkan dalam peperiksaan. Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan. Perkhidmatan tersedia bagi Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk, XOX dan Unifi.

Semoga anda mendapat result SPM 2019 yang cemerlang. Good luck!

Baca juga: