Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2016

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016 akan diumumkan pada 19 Januari 2017. Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi.

Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Keputusan Peperiksaan STAM 2016 juga boleh disemak melalui SMS.


Semak Keputusan STAM Secara Online

Untuk makluman, tiada perkhidmatan semakan secara online disediakan untuk STAM.


Semak Keputusan STAM Melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 19 Januari 2017 dan berakhir pada 11:59 malam 25 Januari 2017.

semakan keputusan STAM 2016

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    STAM<jarak>[Angka Giliran]

    Contoh: STAM  BB0000015

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Click to go to top