Intipati Belanjawan / Bajet 2018

Belanjawan negara atau Bajet 2018 telah dibentangkan pada 27 Oktober 2017 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Bajet 2018 bertemakan "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50".

Bajet itu bertemakan lapan teras utama (pe-tunjang) iaitu:

  1. Merancak pelaburan perdagangan dan industri
  2. Menuju Aspirasi TN50
  3. Mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat
  4. Memacu pembangunan inklusif
  5. M​​​​​​engutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan
  6. Mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital
  7. Meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam ​​​​​​​
  8. Mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi
belanjawan bajet 2018


Intipati Bajet 2018

Berikut adalah intipati Belanjawan negara 2018, dari sumber tweet @NajibRazak.

  1. Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.
  2. RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion.
  3. Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.
  4. PE-TUNJANG PERTAMA #BAJET2018 ADALAH MERANCAK PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
  5. Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah RM1b, jadikan saiz dana RM2.5b, diberi subsidi 2% ke atas kadar keuntungan.
  6. RM200j bagi program latihan, geran &pinjaman mudah PKS bawah SME Corp & hampir RM82j bagi pmbangunan industri & produk halal di pelbagai agensi.
  7. Kerajaan tidak melupakan usahawan-usahawan mikro, memperuntukkan Bajet paling tinggi pernah diberi kepada TEKUN, iaitu RM0.5 bil.
  8. Bajet2018 tambah dana Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM200j, jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah RM2.7b & manfaatkan 400 ribu peminjam
  9. RM80j bawah Skim Pembiayaan ekonomi Desa melalui Bank Rakyat & Bank SME, kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera luar bandar.
  10. RM150 juta kepada MATRADE, MIDA & SME Corp bagi melaksanakan promosi & peluasan pasaran eksport termasuk Market Development Grant.
  11. RM1b disediakan EXIM Bank bagi kemudahan kredit perlindungan insurans, & RM200j untuk kemudahan kredit pembiayaan kepada pengeksport PKS.
  12. RM100j disediakan sebagai pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan bagi mengautomasi pengeluaran perabot tempatan untuk tujuan eksport.
  13. Pertama kali dalam sejarah peruntukan paling besar kepada pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak, penoreh getah: RM6.5b.
  14. RM2.3b bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.
  15. Hampir RM500j bagi menambah baik infrastruktur pengairan di kawasan pertanian dan menaik taraf jalan ladang.
  16. Hampir RM200j bagi penanaman semula getah & menyediakan kemudahan infrastruktur dengan mningkatkan pngeluaran latex berbanding cup lump.
  17. Hampir RM140j bagi program pembangunan dan penanaman semula kelapa sawit termasuk promosi.
  18. RM200j bagi inisiatif Sumber Kekayaan Baharu, khususnya penanaman jagung bijian,kelapa,durian&sektor kulinari serta industri tenusu.
  19. Program peningkatan pngeluaran kelapa melalui penanaman semula kelapa variasi baru dengan peruntukan RM50j, manfaatkan 10k pekebun kecil.
  20. Bantuan RM200 sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi dengan peruntukan hampir RM150j kepada pesawah padi.
  21. Sukacita diisytiharkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.
  22. RM2b diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan insentif subsidi kadar faedah 2 peratus.
  23. Memperluas hab serantau eVisa bagi mudahkan prmohonan di seluruh dunia terutama kepada ekspatriat, pelajar asing & Malaysia My Second Home.
  24. Industri pelancongan kesihatan diperkukuh mnjadi sumber pendapatan. RM30j disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council.
  25. Mempromosi Malaysia sebagai “Hab Rawatan Kesuburan,Termasuk IVF & Kardiologi Asia”, diperluas dengan eVisa & prkhidmatan kesihatan nilai tinggi.
  26. Memperkenalkan program Flagship Medical Tourism Hospital yang tawarkan insentif khusus kepada hosp. swasta bagi menarik pelancong kesihatan.
  27. Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027.
  28. Untuk Proj Central Spine Road, RM230j bagi meneruskan pembinaan antaranya pakej jajaran Raub-Bentong & jajaran Gua Musang-Kg Relong.
  29. Bajet2018 juga isytiharkan Pulau Pangkor, Perak sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang seperti minuman keras, rokok dan kenderaan bermotor
  30. Special Border Economic Zone di Bkt Kayu Hitam akan dibangunkn, merangkumi Zon Pengindustrian Bebas, jadi tarikan baharu kepada pelabur.
  31. RM1b diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.
  32. RM95 juta bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai.
  33. RM45 juta dibelanjakan bagi mewujudkan satu sistem kawalan biometric untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.
  34. RM55 juta sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan keretapi luar Bandar, dari Tumpat ke Gua Musang.
  35. Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang & Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  36. Membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan.
  37. RM1b disediakan pelabur institusi untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti.
  38. Mulai 2018, Bank Negara memantau pembayaran gaji kepada semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, dibuat melalui akaun bank tmptn.
  39. PE-TUNJANG KEDUA: MENUJU ASPIRASI #TN50
  40. Setakat ini, lebih drpd 80 ribu aspirasi telah diterima, melibatkan 1.8j rakyat, mewakili pelbagai golongan dari seluruh negara.
  41. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah wajibkan semua bangunan pejabat yang baharu sediakan kemudahan pusat jagaan kanak2 bermula di KL.
  42. Potongan cukai tambahan bagi majikan menggaji OKU diperluas kepada majikan menggaji pekerja mngalami kemalangan/penyakit kritikal .
  43. Setiap anak Malaysia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit AmanahSaham.
  44. Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50.
  45. Bagi tahun 2018, RM2.2b bagi pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.
  46. RM400j untuk geran pnyelidikan & pembangunan kepada IPTA, termasuk peruntukan khas kepada UM untuk capai status Top100 Uni in the World.
  47. RM90j diperuntukkan bagi program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.
  48. Setiap penuntut di IPT dan tingkatan enam akan terus diberi Bantuan Baucar Buku bernilai RM250, manfaatkan seramai 1.2j pelajar.
  49. Tahniah kepimpinan baharu Majlis Perwakilan Pelajar di semua Universiti Awam, majoritinya dimenangi Mahasiswa Pro-Aspirasi #TN50.
  50. SL1M telah melatih lebih 138k graduan, akan diteruskan dengan peningkatan sebyk 5k graduan kepada 25k perantis pada tahun hadapan.
  51. Bagi memperluaskan SL1M, syarikat swasta yang dpt kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan satu peratus drpd nilai projek kepada SL1M.
  52. RM1b bagi inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program akar umbi & program pembangunan bola sepak negara.
  53. Kerajaan juga mengumumkan pembinaan 14 kompleks sukan baharu di seluruh negara, dengan kos RM112j.
  54. RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.
  55. PE-TUNJANG KETIGA: MENGUNGGULI PEMBANGUNAN PENDIDIKAN, LATIHAN, KEMAHIRAN DAN BAKAT. RM61.6B DISEDIAKAN UNTUK SEKTOR INI
  56. Bajet ini sentiasa beri keutamaan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan
  57. Hampir 2k sekolah dalam keadaan daif seperti bumbungnya bocor, lantai rosak, dinding berlubang & peralatan yang sudah lama tidak berganti. Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bagi tempoh 2 tahun.
  58. RM2.9b pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan..
  59. Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan RM328j, manfaatkan 3.2 juta murid.
  60. Kepada semua peminjam PTPTN, Kerajaan bersetuju melanjutkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Disember 2018.
  61. Bagi pelajar dari keluarga B40 yang ikuti kursus berbolehpasaran tinggi, RM200j ditambah untuk naikkan jumlah pinjaman maksimum PTPTN.
  62. Tempoh grace period pembayaran balik pinjaman PTPTN dilanjutkan kepada 12 bulan setelah tamat pengajian berbanding 6 bulan masa ini.
  63. Peminjam PTPTN yang ingin sambung pengajian ke peringkat seterusnya blh gabung pinjaman, buat bayaran balik selepas tamat pengajian.
  64. Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, Kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5j.
  65. Bagi menyokong perkembangan industri pekerja mahir dalam bidang rel, Kerajaan akan menubuhkan National Rail Centre of Excellence.
  66. PE-TUNJANG KEEMPAT ADALAH MEMACU PEMBANGUNAN INKLUSIF. SESUNGGUHNYA, KUALITI INFRA & INTERCONNECTIVITY AKAN TERUS DIPERMODENKAN
  67. RM2b untuk Lebuhraya Pan-Borneo. bagi Sarawak,kesemua 11 pakej pembinaan telah diagih, 5 daripada 35 pakej Fasa 1 di Sabah sudah dianugerahkan.
  68. RM1.1b untuk projek mesra rakyat seperti menaik taraf jambatan, lampu jalan kampung, surau serta pasar.
  69. RM1b diperuntukkan melalui SKMM, bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.
  70. RM934 juta untuk projek jalan luar bandar, termasuk hampir RM500 juta untuk Sabah dan Sarawak.
  71. RM672 juta untuk bekalan elektrik, termasuk RM620 juta untuk Sabah dan Sarawak melibatkan 10 ribu rumah luar bandar.
  72. RM420 juta termasuk hampir RM300 juta untuk Sabah dan Sarawak, disediakan bagi bekalan air bersih meliputi 3 ribu rumah.
  73. RM50 juta diperuntukkan untuk pemetaan & pengukuran tanah2 adat, iaitu RM30 juta untuk Sarawak dan RM20 juta untuk Sabah.
  74. Kerajaan akan kembali wang ses yang tlh dibayar peneroka getah yang buat tanaman semula kelapa sawit 2010-2016, manfaat 8925 peneroka FELDA.
  75. RM164 juta diperuntukkan bagi membina 5 ribu unit Rumah Generasi Kedua FELDA, dengan kerjasama SPNB.
  76. Hampir RM200 juta lagi diperuntukkan kepada FELDA, bagi sistem bekalan air dan menaik taraf jalan serta lampu jalan.
  77. Kerajaan memperuntukkan lebih RM14b untuk Angkatan Tentera Malaysia, hampir RM9b untuk Polis DiRaja Malaysia & lebih RM900j kepada APMM.
  78. Bagi menjaga kebajikan polis, 10k unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM akan dibina, harga sesuai dengan tangga gaji anggota.
  79. Dalam mnghargai peranan RELA, Kerajaan sediakan peruntukan paling tinggi, hampir RM250j bagi kelengkapan keperluan, termasuk pakaian seragam.
  80. Dalam mnjaga kebajikan tentera,Kerajaan akan sediakn blueprint Perumahan Keluarga Angkatan Tentera untuk bina lebih 40k unit secara berfasa.
  81. RM2.4b diperuntukkan kepada UiTM. Kerajaan tambah bilangan kemasukan pelajar di UiTM kepada lebih 165k org dengan sasaran 250k pelajar menjelang 2020.
  82. UiTM sebagai institusi Bumiputera, telah berjaya melahirkan lebih 700 ribu graduan Melayu dan Bumiputera..
  83. RM2.5b yakni tertinggi pernah diberi untuk biasiswa pengajian tinggi dan latihan di bawah MARA, memanfaatkan hampir 90 ribu pelajar.
  84. Untkuk komuniti Cina, Kerajaan sediakan RM50j untuk pinjaman PKS melalui KOJADI. RM30j disalur kepada Yayasan Peniaga & Penjaja Kecil 1Malaysia.
  85. Kepada pembangunan Kampung2 Baru Cina, sebanyak RM65j diperuntukkan, dan RM10j lagi untuk program membaik pulih rumah.
  86. RM50j diperuntukkan melalui TEKUN untuk Skim Pinjaman Usahawan masyarakat India, manfaatkan 35k. Tambahan RM50j lagi untuk pembangunan sosio ekonomi.
  87. Melalui MIB, pngambilan pelajar kaum India ke IPTA dan perkhidmatan awam akan Kerajaan tingkatkan kepada sasaran 7%.
  88. Di bawah SEDIC pula, lebih RM230j telah diagihkan sejak 2014, manfaatkan lebih 500 ribu peserta kaum India.
  89. PNB akan membuat pengagihan khas 1.5b unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk masyarakat India, terhad kepada 30k unit setiap pelabur.
  90. Bagi tingkatkn taraf hidup & pmbangunan ekonomi masyarakat Org Asli, RM50j disediakan meliputi bantuan makanan komuniti, manfaatkan 5k pelajar.
  91. Sebagai menghargai sumbangan wanita, sukacitanya Kerajaan mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.
  92. Langkah-langkah yang akan dilaksanakan: Wajibkan 30% wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC, GLIC & badan berkanun sebelum akhir 2018.
  93. Cadangan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan drpd 60 hari ke 90 hari seperti yang dilaksanakan perkhidmatan awam.
  94. RM20 juta untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entreprenuer Programme di bawah MyWin Academy.
  95. Cadangan pengecualian cukai pendapatan individu kepada wanita yang kembali bekerja selepas tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun berhenti.
  96. PE-TUNJANG KELIMA: MENGUTAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT & PELUANG MENJANA PENDAPATAN. KERAJAAN KOMITED WUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN, JANA PENDAPATAN
  97. RM100 juta untuk memperluas program eRezeki, eUsahawan dan eLadang di bawah MDEC.
  98. Pinjaman mudah RM120j kepada 1k usahawan Food Truck 1Malaysia, Mobile Food Kiosk 1Malaysia melalui Bankrakyat & BSN, Kerajaan subsidi kdr faedah 4%.
  99. RM60 juta untuk program 1AZAM, termasuk RM10 juta untuk Sabah & RM10 juta untuk Sarawak.
  100. RM25 juta untuk program Motosikal Tiga Roda di bawah FAMA, program mobileprenuer GiatMARA dan program MyAGROSIS.
  101. Selaras dengan IR 4.0, pemandu-pemandu teksi berdaftar yang ingin tukar ke e-hailing dapat geran RM5 ribu bagi beli kereta baru.
  102. BR1M yang manfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8B, akan diteruskan dengan kadar maksimum sehingga RM1,200.
  103. Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan 2 mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20 ribu - RM70 ribu.
  104. Bajet2018 juga peruntukkan RM3.9b subsidi barangan dan pengangkutan termasuk gas memasak, tepung, minyak masak, subsidi elektrik & tol
  105. Sebagai permulaan pada 2018, 50 kedai akan dijadikan KR1M 2.0 dan diperluaskan kepada 3 ribu KR1M 2.0 dalam 3 tahun..
  106. KR1M 2.0 akan sediakan 5 barang keperluan asas dengan harga rendah iaitu beras, gula, minyak masak, tepung & LPG..
  107. Bagi program Penyeragaman Harga Barang Keperluan Asas di Sabah dan Sarawak diteruskan dengan peruntukan RM80j.
  108. Mulai 1 Jan 2018, Kerajaan mansuhkan kutipan tol a) Batu Tiga, Shah Alam & Sg Rasau, S'gor, b) Bkt Kayu Hitam, Kedah, c) EDL, Johor.
  109. Kerajaan beri pilihan kepada majikan untuk ambil pembantu rumah asing secara langsung drpd 9 negara sumber, tanpa lalui ejen.
  110. Majikan boleh mohon visa pembantu rumah drpd Jabatan Imigresen secara online dengan bayaran levi & fi pmprosesan seperti kadar sedia ada.
  111. Kerajaan akan merancakkan lagi usaha pemilikan rumah untuk rakyat dengan peruntukan RM2.2b.
  112. Kerajaan umum pengecualian cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50% bagi pendapatan sewa sehingga RM2k sebulan.
  113. Bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, Kerajaan memperuntukkan hampir RM27b.
  114. RM2.5b bagi bekalan ubat-ubatan dan RM1.6b untuk barangan consumable dan sokongan perubatan.
  115. RM1.4b naiktaraf & menyelenggara fasiliti, peralatan & ambulan, termasuk pembinaan dewan bedah di Hosp Muar, Banting & Balik Pulau.
  116. Naiktaraf prkhidmatan kardiologi & kardiotorasik di Hosp Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu & Hosp Sultanah Bahiyah Alor Setar.
  117. RM50j untuk bantuan haemodialisis dengan subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan. Pesakit bayar RM10 sahaja..
  118. Kerajaan cadangkan semua pembekalan perkhidmatan PBT tidak dikenakan GST, kuatkuasa 1 Apr 2018 atau 1 Okt 2018 brdasarkan pilihan PBT.
  119. Layanan GST brkadar sifar atas bhn bacaan, diseragam&diperluas liputi semua majalah, komik, journal & terbitan brkala mulai 1 Jan.
  120. PE-TUNJANG KEENAM: MEMPERSIAGA REVOLUSI PERINDUSTRIAN KEEMPAT DAN EKONOMI DIGITAL
  121. Kerajaan sediakan geran sepadan sebanyak RM245j bawah Dana Strategik Pelaburan Domestik bagi menaik taraf kemudahan Smart Manufacturing.
  122. RM517 juta disediakan untuk rancangan tebatan banjir di seluruh negara.
  123. Fasa Pertama DFTZ sasarkan penyertaan 1,500 PKS dalam ekonomi digital, dijangka menarik pelaburan RM700j & 2500 peluang pekerjaan.
  124. RM83.5 juta diperuntukkan bagi membiayai penyediaan infrastruktur fasa satu DFTZ di Aeropolis, KLIA.
  125. Nilai de minimis bagi import, dinaikkan dari RM500 ke RM800, untuk capai matlamat jadikan Malaysia sebagai hab e-commerce serantau.
  126. PE-TUNJANG KETUJUH: MENINGKATKAN KECEKAPAN & PENYAMPAIAN GLC &PERKHIDMATAN AWAM
  127. GLC akan menyediakan taska di pejabat utama, dan kemudahan pengurangan waktu bekerja untuk pekerja wanita yang mengandung.
  128. Berhubung hal penyampaian dalam mengutamakan kebajikan semua pihak termasuk warga emas, OKU dan kanak-kanak, Kerajaan umumkan bantuan RM1.7b.
  129. Menaikkan elaun warga emas RM50 menjadi RM350 sebulan, manfaatkan hampir 144 ribu orang, dengan peruntukan RM603 juta.
  130. Menaikkan elaun OKU yang bekerja, tidak bekerja & penjaga OKU sebyk RM50 sebulan, manfaatkan lebih 163 ribu org dengan peruntukan RM100j.
  131. PE-TUNJANG KELAPAN: MENGIMBANGI PAR EXCELLENCE DUNIAWI & PAR EXCELLENCE UKHRAWI
  132. Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama.
  133. Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan terima faedah persaraan seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib.
  134. Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.
  135. Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun.
  136. Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju berikan kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod sepjg tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
  137. Untuk beri fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
  138. Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi.
  139. Penjawat awam wanita yang mengandung 5 bulan ke atas dibenar pulang awal sejam. Suami yang bekerja Kerajaan juga dibenar pulang awal sejam.
  140. Meningkatkan kelayakan cuti bersalin drpd 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun.
  141. Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house.
  142. Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1000 sebulan melibatkan lebih 50k pesara awam dengan sekurang2nya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
  143. Pemanjangan kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa kepada pesara Kerajaan.
  144. Kerajaan hargai bakti Ketua Kampung serta Tok Batin, umumkan bayaran khas one-off sebanyak RM1,500 melibatkan 9,800 orang.
  145. RM50 juta kepada Giat Mara bagi baik pulih & menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.
  146. Selain RM588j bayaran elaun bulanan kepada imam, bilal, guru KAFA & takmir yang diterima selama ini, Kerajaan umum bayaran one-off RM1,500.
  147. Bayaran khas RM1500 kepada semua penjawat awam.
  148. Manakala kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak RM750.