Tarikh Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026
Tarikh pembayaran bantuan awal sekolah tahun 2026.
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tahun 2026 bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. BAP bertujuan meringankan beban menyediakan kelengkapan awal persekolahan yang dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga murid pada permulaan sesi persekolahan.
Nilai bantuan BAP 2026 adalah sama bagi sekolah rendah dan sekolah menengah, iaitu RM150 untuk setiap pelajar.