Memahami Kadar Tarif Baru Elektrik 2014
Tarif baru tenaga elektrik untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2014. Pak Menteri telahpun mengumumkan purata kenaikan sekian sen per kWj (kWh) dan sekian peratus.
Saya tidak mahu nyatakan di sini nombor-nombornya, takut misleading. Sebenarnya kadar tarif (semasa dan baru) adalah berdasarkan blok-blok penggunaan, dan harganya berbeza bagi setiap blok. Jadi adalah kurang tepat sekiranya kita puratakan kenaikan-kenaikan tersebut.
Nak senang cerita nah saya sertakan jadual perbezaan tarif sekarang dan tarif baru (bermula 2014) untuk pelanggan domestik/kediaman yang di ambil dari laman TNB (Tenaga Nasional Berhad).
Tariff A - Untuk Pelanggan Domestik Semenanjung Malaysia
Penggunaan Dalam Sebulan | Kadar Tarif Sekarang ( Dis 2013) | Kadar Tarif Baru (1 Jan 2014) |
200 kWh pertama (1 - 200 kWh) | 21.80 sen/kWh | 21.80 sen/kWh |
100 kWh seterusnya (201 - 300 kWh) | 33.40 sen/kWh | 33.40 sen/kWh |
100 kWh seterusnya (301 - 400 ) | 40.00 sen/kWh | 51.60 sen/kWh |
100 kWh seterusnya (401 - 500 kWh) | 40.20 sen/kWh | |
100 kWh seterusnya (501 - 600 kWh) | 41.60 sen/kWh | |
100 kWh seterusnya (601 - 700 kWh) | 42.60 sen/kWh | 54.60 sen/kWh |
100 kWh seterusnya (701 - 800 kWh) | 43.70 sen/kWh | |
100 kWh seterusnya (801 - 900 kWh) | 45.30 sen/kWh | |
kWh seterusnya (901 kWh ke atas) | 45.40 sen/kWh | 57.10 sen/kWh |
Caj minima ialah RM3.00 |
Seperti yang anda dapat lihat untuk tarif baru, kadar bagi 300 kWh yang pertama kekal tidak berubah. Ini bermakna sekiranya anda menggunakan 300 kWh atau lebih rendah sebulan, maka tiada kenaikan akan berlaku.
Untuk memudahkan anda menganggarkan peratusan kenaikan, saya telah sediakan jadual di bawah. Ia menunjukkan perbezaan jumlah bil elektrik semasa anda dengan bil elektrik tarif baru menjelang Januari 2014. Yang pasti kadar peningkatan bil elektrik anda (sekiranya ada) bergantung kepada jumlah penggunaan tenaga elektrik. Sekiranya penggunaan anda besar, maka besarlah peratusan kenaikan bil.
Bil Elektrik Semasa | Bil Elektrik Tarif Baru | Kenaikan | Catatan Penggunaan |
RM77 ke bawah | RM77 ke bawah | 0 % | 300 kWh ke bawah |
RM90 | RM94 | 4.2 % | 333 kWh |
RM100 | RM107 | 7 % | 358 kWh |
RM120 | RM133 | 10.4 % | 408 kWh |
RM150 | RM171 | 14.0 % | 482 kWh |
RM200 | RM233 | 16.7 % | 603 kWh |
RM300 | RM359 | 19.7 % | 833 kWh |
RM400 | RM483 | 20.8 % | 1054 kWh |
RM500 | RM609 | 21.8 % | 1274 kWh |
RM1000 | RM1237 | 23.8 % | 2375 kWh |
Kiraan dalam jadual ini berdasarkan faktor prorata=1.
Contoh-contoh (sila rujuk jadual):
- Sekiranya bil elektrik anda sekarang RM77 atau lebih rendah, maka (dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik yang sama) tahun 2014 amaun tersebut akan kekal, tiada kenaikan.
- Dan jika bil elektrik anda sekarang RM120, maka (dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik yang sama) bermula tahun 2014 ia akan menjadi RM133, meningkat sebanyak 10.4 peratus.
Semoga artikel ini membantu anda memahami implikasi tarif elektrik baru 2014 terhadap amaun yang anda perlu bayar, dan seterusnya merancang strategi untuk menanganinya.
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Cancel