Memahami Kadar Tarif Baru Elektrik 2014

|  18 comments

Tarif baru tenaga elektrik untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2014. Pak Menteri telahpun mengumumkan purata kenaikan sekian sen per kWj (kWh) dan sekian peratus.

Saya tidak mahu nyatakan di sini nombor-nombornya, takut misleading. Sebenarnya kadar tarif (semasa dan baru) adalah berdasarkan blok-blok penggunaan, dan harganya berbeza bagi setiap blok. Jadi adalah kurang tepat sekiranya kita puratakan kenaikan-kenaikan tersebut.

Nak senang cerita nah saya sertakan jadual perbezaan tarif sekarang dan tarif baru (bermula 2014) untuk pelanggan domestik/kediaman yang di ambil dari laman TNB (Tenaga Nasional Berhad).

Tariff A - Untuk Pelanggan Domestik Semenanjung Malaysia

Penggunaan Dalam Sebulan

Kadar Tarif Sekarang

( Dis 2013)

Kadar Tarif Baru

(1 Jan 2014)

200 kWh pertama (1 - 200 kWh) 21.80 sen/kWh 21.80 sen/kWh
100 kWh seterusnya (201 - 300 kWh) 33.40 sen/kWh 33.40 sen/kWh
100 kWh seterusnya (301 - 400 ) 40.00 sen/kWh 51.60 sen/kWh
100 kWh seterusnya (401 - 500 kWh) 40.20 sen/kWh
100 kWh seterusnya (501 - 600 kWh) 41.60 sen/kWh
100 kWh seterusnya (601 - 700 kWh) 42.60 sen/kWh 54.60 sen/kWh
100 kWh seterusnya (701 - 800 kWh) 43.70 sen/kWh
100 kWh seterusnya (801 - 900 kWh) 45.30 sen/kWh
kWh seterusnya (901 kWh ke atas) 45.40 sen/kWh 57.10 sen/kWh
Caj minima ialah RM3.00

Seperti yang anda dapat lihat untuk tarif baru, kadar bagi 300 kWh yang pertama kekal tidak berubah. Ini bermakna sekiranya anda menggunakan 300 kWh atau lebih rendah sebulan, maka tiada kenaikan akan berlaku.

bil elektrik baru Untuk memudahkan anda menganggarkan peratusan kenaikan, saya telah sediakan jadual di bawah. Ia  menunjukkan perbezaan jumlah bil elektrik semasa anda dengan bil elektrik tarif baru menjelang Januari 2014. Yang pasti kadar peningkatan bil elektrik anda (sekiranya ada) bergantung kepada jumlah penggunaan tenaga elektrik. Sekiranya penggunaan anda besar, maka besarlah peratusan kenaikan bil.

Bil Elektrik Semasa
(Dis 2013)

Bil Elektrik Tarif Baru
(Bermula  Jan 2014)

Kenaikan

Catatan Penggunaan

RM77 ke bawah RM77 ke bawah 0 % 300 kWh ke bawah
RM90 RM94 4.2 % 333 kWh
RM100 RM107 7 % 358 kWh
RM120 RM133 10.4 % 408 kWh
RM150 RM171 14.0 % 482 kWh
RM200 RM233 16.7 % 603 kWh
RM300 RM359 19.7 % 833 kWh
RM400 RM483 20.8 % 1054 kWh
RM500 RM609 21.8 % 1274 kWh
RM1000 RM1237 23.8 % 2375 kWh

Kiraan dalam jadual ini berdasarkan faktor prorata=1.

Contoh-contoh (sila rujuk jadual):

  • Sekiranya bil elektrik anda sekarang RM77 atau lebih rendah, maka (dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik yang sama) tahun 2014 amaun tersebut akan kekal, tiada kenaikan.
  • Dan jika bil elektrik anda sekarang RM120, maka (dengan jumlah penggunaan tenaga elektrik yang sama) bermula tahun 2014 ia akan menjadi RM133, meningkat sebanyak 10.4 peratus.

Semoga artikel ini membantu anda memahami implikasi tarif elektrik baru 2014 terhadap amaun yang anda perlu bayar, dan seterusnya merancang strategi untuk menanganinya.

18 comments

puteri kasih

puteri kasih

05 Disember, 2013 21:31
kebiasaannya bil elektrik rumah puteri tak lebih dari RM 77 tu
zool

zool

05 Disember, 2013 21:48
kena banyak berjimat juga tu.
Maria Firdz

Maria Firdz

06 Disember, 2013 09:25
mmg terkesan sedikit sbyk dgn kenaikan ni.. huhu
suri

suri

06 Disember, 2013 12:02
mesti jimat kalau tidak rasa wang kita terbuang mengalir begitu sahaja
puteri kasih

puteri kasih

06 Disember, 2013 13:38
@Balasan kena teruskan menjimat penggunaan elektrik je lepas ni :)
Shahrul Yusof

Shahrul Yusof

06 Disember, 2013 15:48
Thanks for the info. Kebetulan, saya pun sedang mencari-cari info lanjut berkenaan kenaikan kadar tarif TNB ini.
Malaysia Tercinta

Malaysia Tercinta

06 Disember, 2013 16:07
@Balasan Gunakan elektrik dengan berhemat dan elakkan pembaziran.
titan

titan

06 Disember, 2013 16:26
sape pakai lebih dari 300 kwh tu..memang kena la bayar lebih. hehe..
Asyrof Asri

Asyrof Asri

06 Disember, 2013 20:21
@Balasan Cikgu Titan, dia sokmo tidur lewat sebab banyak buku sekolah nak kena check.

Tu sebab banyak sangat guna eletrik sampai lewat malam.

Takpe, duit cikgu Titan memang banyak. Senang nak bayar.
izzuddinfz

izzuddinfz

07 Disember, 2013 23:18
naik rm13 bil sy nanti...
Azlan Strider

Azlan Strider

08 Disember, 2013 15:29
entry ini sangat bagus beserta penjelasan yang detail...banyak orang salah faham dengan kadar tarif baru ini..tapi yang penting, jika kita berjimat, insyallah jumlah bill kita tidak akan meningkat...

Regards,
-Strider-
titan

titan

12 Disember, 2013 00:07
@Balasan rumah sewa gua..tuan rumah yang bayar. gua bayar sewa aje. haha..bil air letrik..depa bayar..gua bantai je guna. haha..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

31 Disember, 2013 12:48
Bagus..tahun depan naikkn lagi..
Tanpa Nama

Tanpa Nama

31 Disember, 2013 12:49
Ye saya sokong..tahun depan harap kerajaan naik kan lagi tarif elektrik.

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Cancel