Semak Senarai Hitam JPJ Secara Online Dan SMS

|  4 comments

Pemandu / kenderaan boleh disenarai hitamkan jika bayaran saman JPJ atau PDRM tidak dijelaskan dalam jangka masa yang ditetapkan. Untuk mengetahui status senarai hitam lesen memandu atau kenderaan anda, semakan boleh dibuat secara online atau melalui SMS.

Tak sedar anda disaman? Anda boleh check saman polis dan saman JPJ pada bila-bila masa, secara secara online atau melalui SMS.

Semakan Senarai Hitam Secara Online

  1. Layari laman semakan status blacklist JPJ di pautan www.jpj.gov.my/pertanyaan-senarai-hitam.
  2. Klik pada menu dropdown Jenis Senarai Hitam dan pilih "Kenderaan" atau "Lesen".
  3. Pilih Sumber Senarai Hitam.
  4. Masukkan nombor ID (MyKad / MyPR / Paspot / Polis / Tentera / Syarikat / Pertubuhan) dan masukkan nombor pendaftaran kenderaan.
  5. Masukkan kod sekuriti dan tekan butang "Semak".
  6. Keputusan semakan akan dipapar di sebelah bawah borang semakan, di bawah tajuk "HASIL CARIAN".


Semakan Senarai Hitam JPJ Melalui SMS

Semakan melalui sistem pesanan ringkas menggunakan khidmat mySMS. Ikuti langkah-langkah berikut:

  • Taipkan

    JPJ BLACKLIST [No. Kad Pengenalan atau pendaftaran kenderaan]

    pada telefon mudah alih dan hantarkan SMS ke 15888.

    Contoh:

    JPJ BLACKLIST 841220122332 atau

    JPJ BLACKLIST WEP1234

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan mesej.


Cara Lain Menyemak Blacklist JPJ

Anda juga boleh menggunakan telefon mudah alih untuk membuat semakan senarai hitam JPJ menerusi perkhidmatan myUSSD *158#.

Elakkan dari dimasukkan ke dalam senarai hitam dengan menyegerakan pembayaran saman anda. Nak bayar secara online pun boleh di rilek.com.my, myeg.com.my atau eservices.com.my.

4 comments

Unknown

Unknown

10 Januari, 2014 09:49
menarik.. menarik. Info yg berguna.
suri

suri

10 Januari, 2014 10:44
salam.nampak saya sudah mula untuk menjejak mereka buat salah dalam diam dan jagna buat tak sedar uh...oh tak
titan

titan

11 Januari, 2014 13:42
yang untuk check blacklist ni. aku tak tahu lagi. hehe..
DuluLainSekarangLain

DuluLainSekarangLain

19 Januari, 2014 22:41
Adehh, kawe baru juga dapat tiket saman. Tak payah check ehh..sudah terang lagi bersuluh kena sama. Terbang RM 150 minggu ni.
Ulasan ditutup