Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Sempena Raya Aidilfitri 2018

Tarikh akhir pengeposan untuk serahan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018 / 1439H. Pos Malaysia telah mengeluarkan kenyataan tentang tarikh akhir pengeposan item Pos Laju sempena sambutan Aidilfitri 2018.

Untuk makluman, pengirim atau penerima boleh tracking Pos Laju untuk mengetahui status dan kedudukan terkini parcel/barangan mereka.

Untuk memastikan barang/dokumen kiriman pelanggan sampai ke destinasi dalam negara sebelum Hari Raya Aidilfitri (yang dijangka jatuh pada 15 Jun 2018), pengeposan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 9 Jun 2018 (Sabtu).

Serahan bagi item yang diposkan selepas 9 Jun 2018 hanya akan dilakukan mulai *18 Jun 2018. Walaubagaimanapun, Pos Malaysia tetap menerima pengeposan sehingga 14 Jun 2018.

*tertakluk kepada permulaan hari bekerja mengikut negeri

tarikh akhir pengeposan poslaju hari raya aidilfitri 2018

Pengumuman oleh Pos Malaysia. Klik gambar untuk paparan besar / jelas

Semoga maklumat tarikh akhir pengeposan ini memberi manfaat untuk para pembaca khususnya para peniaga online dalam merancang masa kiriman barangan jualan mereka.

Click to go to top