Tracking Poslaju (Track And Trace)

Cara trace and track secara online barang yang dikirim menggunakan tracking number Pos laju menerusi laman web Track and Trace Pos Malaysia.

Pos Malaysia ada menyediakan perhidmatan menjejak (tracking) atau mengesan shipment setiap kiriman yang menggunakan perkhidmatan mereka iaitu Pos Laju, Pos Parcel, Pos Ekspres, Pos Mel dan Pos Malaysia International. Perkhidmatan tracking ini membolehkan orang ramai membuat semakan status barang kiriman pada bila-bila masa - bila ia dihantar, dari mana ia dihantar, apa proses yang dilalui, dan di mana ia berada sekarang.

Untuk tracking shipment selain Pos Laju / Pos Malaysia (contohnya Gdex, Citylink, Abx etc.) sila layari Cara Tracking Shipment Secara Online

[Baharu] Senarai Harga Kotak dan Sampul Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres.

Apa yang anda perlukan ialah consignment number yang tertera pada nota kiriman (consignment note). Gunakan nombor ini sebagai nombor tracking (tracking number) untuk tujuan semakan.

borang resit consignment note contoh tracking number pos laju

Tracking number pada nota kiriman (consigment note) Pos Laju

Tracking Kiriman Pos Malaysia Secara Online

Penjejakan atas talian Pos Laju adalah cara terpantas untuk mengetahui di mana barang anda berada sekarang. Semakan status penghantaran Pos Malaysia boleh di buat secara online melalui laman web Pos Laju Track & Trace. Laman ini bukan hanya untuk semakan Pos Laju sahaja, tetapi untuk semua penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.

Track & Trace Pos Laju boleh diakses di laman web Pos Malaysia di pautan berikut:

https://pos.com.my/

Berikut adalah langkah-langkah menyemak status kiriman Pos Malaysia:

  1. Klik pada ikon Track & Trace.
  2. Pos Malaysia laman utama

  3. Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Anda boleh semak sehingga 5 tracking no sekaligus. Asingkan setiap nombor dengan semicolon (;) atau return (enter).
  4. poslaju track and trace

  5. Tekan butang "Next".

    Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.

    keputusan semakan poslaju track and trace

  6. Klik pada tracking number yang tertera untuk melihat butiran lengkap dan terkini untuk setiap shipment.

    Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh dan masa, proses yang telah dilakukan terhadap kiriman, serta lokasi di mana proses tersebut dibuat (samada di pejabat pos, parcel hub / transit office etc.).

Semoga maklumat jejak & kesan (track & trace) Pos Laju ini berguna buat para pembaca yang menggunakan Pos Malaysia untuk menghantar barang, dokumen atau bungkusan.

Pos Laju Customer Service

Pusat khidmat pelanggan Pos Laju boleh dihubungi dengan menelefon contact number 1-300-300-300.

Baca juga: