SAPS - Semak Keputusan Peperiksaan Secara Online

|   25 comments

Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, dan percubaan UPSR, PMR/PT3 & SPM) dan ujian anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. Ia dapat menbantu ibubapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dengan memantau prestasi akademik mereka.

Makluman: Tiada semakan online atau SMS bagi keputusan PT3 2014. Calon hendaklah datang sendiri ke sekolah untuk mengambil slip keputusan PT3 pada 22 Disember 2014 bermula pukul 10.00 pagi.

SAPS hanya menyediakan semakan bagi darjah Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan anda membuat semakan selepas markah diisi.

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama. SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah: SAPS semakan ibubapa
  5. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semoga perkhidmatan online SAPS ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung.

Artikel berkaitan:

Ranking: 5

⇩ Jom like dan follow Malaysia Tercinta ⇩

25 comments :

  1. Sekarang ni pakai online jer senang banyak dah... hehehhe

    ReplyDelete
  2. Nasib baik saya mendapat 2A 1B kerana yang lain belum dapat lagi....

    ReplyDelete
  3. huh saye kena belajar lagi :(....

    ReplyDelete
  4. huh...saye kena study lg lah,supaya saye dapat keputusan yang cemerlang :)...

    ReplyDelete
  5. @amani
    Study hard and smart, insyaallah keputusan cemerlang.

    ReplyDelete
  6. sangat berguna.. :)

    ReplyDelete
  7. yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!! toink-2 :)

    ReplyDelete
  8. Baru nak tgk . Rupenye tgh diselenggara.

    ReplyDelete
  9. So simple to check My sons marks...

    ReplyDelete
  10. Nak check keputusan PBS kat mana?

    ReplyDelete
  11. Buat masa ini keputusan PBS hanya boleh diperolehi dari pihak sekolah dalam bentuk hard copy.
    Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak menyediakan kemudahan semakan secara online untuk ibubapa sepertimana SAPS.

    ReplyDelete
  12. senangnys nak check markah

    ReplyDelete
  13. takutnya nak dpt slip upsr sebenar.

    ReplyDelete
  14. saya rasa senang dengan guna SAPS ini

    ReplyDelete
  15. Berdebar tnggu slip exam anak

    ReplyDelete
  16. Berdebar tnggu slip exam anak

    ReplyDelete
  17. Mudah dah senang ! (Y)

    ReplyDelete
Arkib