Semakan Status Halal JAKIM Secara Online Dan SMS

|  5 ulasan

Mencari yang halal adalah wajib bagi setiap individu Muslim.

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman (al-Maidah: 88).

Sekarang ini sudah tiada alasan untuk anda tersilap menggunakan produk yang tidak halal di Malaysia. Ini kerana anda boleh mengenal pasti barangan halal berpandukan logo halal, dan menyemak untuk mengesahkan samada sesuatu produk itu telah mendapat sijil halal JAKIM, secara online atau melalui khidmat SMS.

logo halal JAKIM yang diiktiraf Malaysia

Satu-satunya logo halal Malaysia yang diiktiraf


Semakan Status HALAL Secara Online

Semakan boleh dibuat dengan melayari Direktori Halal Malaysia di Portal Rasmi Halal Malaysia. Laman ini menyenaraikan syarikat dan produk yang mempunyai sijil halal JAKIM.

Senarai boleh dibahagikan mengikut negeri dan juga kategori-kategori berikut - Syarikat, Hotel & Resort, Premis Makanan, Menu Makanan, Produk, Kosmetik, Farmaseutikal, Barang Gunaan, Rumah Sembelihan, Logistik dan International.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat semakan status halal ke atas produk atau syarikat dalam negara:

  1. Layari Direktori Halal Malaysia di pautan:

    http://www.halal.gov.my/v4/index.php/my/direktori-halal/direktori-halal 

  2. Masukkan katakunci ke dalam kotak maklumat carian dan tekan butang cari.
  3. Secara defaultnya, laman ini akan memaparkan hasil carian bagi kategori Syarikat untuk seluruh Malaysia. Hasil carian akan menyenaraikan Nama & Alamat Syarikat, Tarikh Luput Sijil Halal, dan pautan kepada maklumat terperinci pensijilan.
  4. Anda boleh mengecilkan skop carian kepada sesebuah negeri. Sila klik pada menu dropdown untuk memilih negeri.
  5. Untuk memaparkan hasil carian untuk kategori selain daripada Syarikat, sila klik pada kategori pilihan anda di sidebar.

Untuk produk yang diimport dari luar negara yang tidak tersenarai, sila pastikan logo halal yang digunakan adalah logo Halal yang diiktiraf JAKIM.


Semakan Status HALAL Secara SMS

Jika ragu-ragu tentang kehalalan restoran atau produk sesebuah syarikat, anda boleh menyemak samada syarikat tersebut memiliki sijil halal melalui khidmat mySMS.

Berikut adalah cara-cara membuat semakan halal JAKIM melalui SMS:

  1. Taipkan:

    HALAL<jarak>SEMAK<jarak>[ No Pendaftaran Syarikat ]

    Contoh:

    HALAL  SEMAK  12345X

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Semoga maklumat semakan halal ini berguna untuk semua pembaca Muslim. Sila share.

5 ulasan

yusri

yusri

09 Oktober, 2013 20:25
Mencari yang halal itu wajib bagi seorang Islam.
Tanpa Nama

Tanpa Nama

23 Oktober, 2013 10:44
Alhamdulillah
Mohd Ridzwan Abdullah

Mohd Ridzwan Abdullah

12 November, 2014 04:58
Perkongsian terbaek. Semoga bermanfaat buat semua.
Abdul Fazmin

Abdul Fazmin

25 November, 2014 21:55
Demi menjadikan malaysia sebagai HAB RANGKAIAN MAKANAN halal di Asia, kita memerlukan sokongan dari pelbagai pihak terutama dari pengguna. Oleh itu kita perlu meningkatkan kesedaran kita mengenai produk halal. Pilih hanya produk yang telah disahkan Halal oleh JAKIM. Permohonan pensijilan halal JAKIM sangat mudah sekiranya dokumentasi dan aturan yang betul dipatuhi. abdul.albarakah@gmail.com
Tanpa Nama

Tanpa Nama

06 Oktober, 2015 13:12
kenapa susah sangat nak dapat senarai makanan halal dan kenapa website ini tak di kemaskini dengan baik?

Catat Ulasan

Cancel
Click to go to top