Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Tahun Baru Cina CNY 2019

PLUS menyarankan orang ramai supaya merancang perjalanan balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2019 berdasarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk memastikan perjalanan lancar dan selamat.

TTA yang dikeluarkan oleh PLUS untuk perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan pada 31 Januari hingga 10 Februari ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan terkumpul dan “bertembung” di satu-satu lokasi di lebuh raya pada masa yang sama kerana ia boleh menyumbang kepada kesesakan.

Sebelum balik kampung sila maklumkan ketiadaan anda di rumah kepada polis. Sila rujuk tips memandu balik kampung untuk mengelakkan kecelakaan di jalan raya. TTA jadual perjalanan CNY 2019

TTA PLUS untuk Tahun Baru Cina 2019
Klik gambar untuk saiz besar

Berdasarkan TTA, orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang jauh di Selatan dan Utara tanah air seperti Johor,Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disarankan supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Manakala orang ramai dari Lembah Klang yang menuju ke destinasi yang lebih dekat seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah pula disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Twitter PLUS www.twitter.com/plustrafik atau hubungi talian bebas tol PLUSLine 1800-88-0000.

Happy Chinese New Year untuk semua rakyat Malaysia berbangsa Cina.