Semakan Keputusan SPMU 2016 Secara Online Dan SMS

Semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2016 secara online dan SMS. Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2016 akan diumumkan pada 18 Ogos 2016. Ringkasan keputusan boleh disemak secara online atau melalui SMS bermula jam 10:00 pagi 18 Ogos 2016.

Menurut Kementerian Pendidikan, slip keputusan penuh SPM Ulangan 2016 akan diposkan ke alamat rumah calon, ataupun calon  boleh menghubungi Jabatan Pendidikan negeri tempat calon mendaftar (untuk peperiksaan tersebut).


Semakan Keputusan SPMU  Secara Online

Tiada perkhidmatan semakan secara online disediakan.


Semakan Keputusan SPMU Melalui SMS

Perkhidmatan mySMS untuk keputusan SPM Ulangan 2016 akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 18 Ogos dan berakhir pada 11:59 malam 24 Ogos 2016.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU 2016 melalui SMS:

semakan keputusan SPMU 2016

  1. Taipkan:

    SPMU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

    Contoh: SPMU  RESULT  961114035243

  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

Click to go to top