Cara Semak Tracking PosLaju (Track and Trace) Online

Track and trace Pos Laju. Pos Malaysia ada menyediakan perhidmatan menjejak (tracking) atau mengesan shipment setiap kiriman yang menggunakan perkhidmatan mereka iaitu Pos Laju, Pos Parcel, Pos Ekspres, Pos Mel dan Pos Malaysia International. Perkhidmatan tracking ini membolehkan orang ramai menyemak status sebarang kiriman pada bila-bila masa - bila ia dihantar, dari mana ia dihantar, apa proses yang dilalui, dan di mana ia berada sekarang.

[Baharu] Senarai Harga Kotak dan Sampul Prabayar Pos Laju Dan Pos Ekspres.

Apa yang anda perlukan ialah consignment number yang tertera pada nota kiriman (consignment note). Gunakan nombor ini sebagai nombor tracking (tracking number) untuk tujuan semakan.

borang resit consignment note contoh tracking number pos laju

Tracking number pada nota kiriman (consigment note) Pos Laju

Semakan status atau tracking kiriman Pos Malaysia boleh dibuat secara online dan juga SMS.


Tracking Kiriman Pos Malaysia Secara Online

Penjejakan atas talian Pos Laju adalah cara terpantas untuk mengetahui di mana barang anda berada sekarang. Semakan status penghantaran Pos Malaysia boleh di buat secara online melalui laman web Track & Trace Pos Laju. Laman ini bukan hanya untuk semakan Pos Laju sahaja, tetapi untuk semua penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.

Track & Trace Pos Laju boleh diakses di pautan berikut:

poslaju.com.my/track-trace-v2/

Berikut adalah langkah-langkah menyemak status kiriman Pos Malaysia:

  1. Masukkan tracking number ke dalam kotak yang disediakan. Jangan jarakkan nombor. Anda boleh semak sehingga 15 tracking no sekaligus.

tracking no check kiriman penghantaran poslaju

  1. Tekan butang "TRACK".

    Keputusan semakan akan memaparkan status terkini bagi setiap item (tracking number) yang anda masukkan.

keputusan semakan tracking pos laju

  1. Klik pada tracking number yang tertera untuk melihat butiran lengkap dan terkini untuk setiap item kiriman. Ia akan memaparkan sejarah perjalanan kiriman tersebut dalam bentuk senarai tarikh, masa, proses atau tindakan yang dilakukan terhadap kiriman serta lokasinya (di pejabat pos di mana proses tersebut dibuat).


Tracking Kiriman Pos Laju Melalui SMS

Semakan kiriman Pos Laju juga boleh dibuat menggunakan perkhidmatan SMS. Langkahnya seperti berikut:

  1. Taipkan:

    PL<jarak>[Tracking Number]

    Contoh: PL  EF667590069MY

  2. Hantarkan SMS ke 33333

Hanya untuk pengguna Celcom, Maxis dan DiGi. RM 0.50 akan dicaj untuk setiap SMS.

Semoga maklumat jejak & kesan (track & trace) Pos Laju ini berguna buat para pembaca yang menggunakan Pos Malaysia untuk menghantar barang, dokumen atau bungkusan.

Baca juga:

Click to go to top