Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2020

Jadual siaran langsung, live-score dan keputusan terkini perlawanan akhir Piala Malaysia 2020. Berikut adalah jadual siaran langsung, pautan live streaming (jika ada), live score, dan keputusan terkini final Piala Malaysia 2020 khas buat peminat bola sepak tanahair.

[Baharu] Jadual Dan Keputusan Terkini Piala Malaysia 2021

16 pasukan akan bertarung untuk merebut Piala Malaysia 2020 iaitu 11 pasukan teratas dari Liga Super dan 5 pasukan teratas dari Liga Premier (kecuali pasukan Feeder Team) berdasarkan kedudukan setelah tamatnya pusingan pertama musim 2020.

[Terkini 12 November 2020] Kejohanan TM Piala Malaysia 2020 dibatalkan selepas rayuan MFL untuk meneruskan kejohanan itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah ditolak oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pasukan-pasukan yang layak menyertai Piala Malaysia edisi ke-94 ini adalah Perak, Johor Darul Ta'zim, Pahang, Selangor, Kedah, Melaka, Terengganu FC, PJ City FC, Felda United FC, Sabah FA, UiTM FC, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan FA, Kelantan United dan Kuching FA.

Juara bertahan Piala Malaysia ialah pasukan Johor Darul Ta'zim. Pasukan mana yang akan mara ke pentas akhir nanti dan pasukan mana pula akan menjulang trofi selaku juara Piala Malaysia 2020? Sama-sama kita saksikan.

Piala Malaysia 2020 menggunakan format kalah mati, tiada peringkat kumpulan dan tiada perlawanan timbal balik.

Jadual Siaran Langsung Dan Live Score Piala Malaysia 2020

Berikut adalah jadual, keputusan live score, serta saluran siaran langsung untuk perlawanan final Piala Malaysia. Sila refresh page untuk paparan keputusan jaringan terkini.

Pusingan Pertama (Round Of 16)

Tarikh Status Pasukan Tuan Rumah Masa / Skor Pasukan Pelawat Siaran Langsung & Live Stream
6 Nov 2020 Tamat Pulau Pinang 3 - 1 Felda United FC unifi Sports, YouTube unifi
Tamat Johor Darul Ta'zim 1 - 0 Kuching FA unifi Sports, YouTube unifi
Tamat Kedah 3 - 2 Pahang TV Okey, RTM Sports, unifi Sports, YouTube unifi
7 Nov 2020 Tamat Terengganu FC 1 - 0 PJ City FC unifi Sports, YouTube unifi
Tamat Perak 4 - 0 Kelantan United unifi Sports, YouTube unifi
Bye Kuala Lumpur --- Sabah Bye sebab PKPB
8 Nov 2020 Tamat UiTM FC 3 - 2 Kelantan FA unifi Sports, YouTube unifi
Tamat Selangor 2 - 1 Melaka TV1, unifi Sports, YouTube unifi

jadual piala malaysia 2020

Suku Akhir

Tarikh Status Pasukan Tuan Rumah Masa / Skor Pasukan Pelawat Siaran Langsung & Live Stream
Dibatalkan Belum bermula Pulau Pinang 21:00 UiTM FC unifi Sports, YouTube unifi
Belum bermula Johor Darul Ta'zim 21:00 Kuala Lumpur unifi Sports, YouTube unifi
Belum bermula Terengganu FC 21:00 Perak unifi Sports, YouTube unifi
Belum bermula Kedah 21:00 Selangor unifi Sports, YouTube unifi

jadual dan keputusan piala malaysia 2020

Semoga maklumat mengenai jadual siaran langsung dan live score Piala Malaysia 2020 bermanfaat buat para pembaca. Majulah sukan untuk negara.

Sila tekan Ctrl + D untuk bookmark.

Entri berkaitan: